Salam hormat kepada anda. Rasa semangat pula pada awal tahun 2020 ni. Alhamdulillah rasa bersyukur saya kehadrat Allah beri kesempatan umur sehingga bertemu tahun ini. Teringat saya semasa zaman sekolah rendah tentang wawasan kerajaan suatu masa dulu oleh PM Dr Mahathir Muhammad iaitu Wawasan 2020. Saya tak pasti terlaksanakah kesemua wawasan itu.
Baiklah…bukan tentang wawasan 2020 yang nak saya nukilkan kat sini. Nanti anda bosan pulak. Hehehe..
Pada post kali ini, saya ingin berkongsi kepada anda tentang cara konsisten menjana komisen dalam bisnes affiliate.
Ramai yang boleh menjana komisen affiliate walaupun seringgit pertama, tetapi bagaimana ingin menjana komisen secara konsisten ?
Perenggan berikutnya saya kongsikan 3 langkah menjana komisen affiliate yang boleh anda praktikkan. InsyaAllah.
3 Langkah Menjana Komisen Affiliate Secara Konsisten
1) Kumpul List
IMPORTANT !
Langkah ini sangat penting jika anda berimpian menjana komisen affiliate secara konsisten. Nama lain bagi kumpul list juga dikenali sebagai database. Ya…kumpul database.
Money in the list !
Kumpul list sangat penting dan semestinya anda perlu memiliki sistem yang boleh menyimpan dan menguruskan list atau database prospek.
Objektif utama untuk mengumpul list adalah bertujuan untuk melakukan proses ‘follow up’ dengan prospek dan menukar mereka kepada pembeli. Anda boleh juga melakukan promosi untuk produk-produk seterusnya kepada mereka kelak.
Sistem yang saya maksudkan adalah sistem autoresponder. Sistem ini akan membantu anda melakukan kerja-kerja menghantar email kepada mereka. Hanya melakukan sekali setting pada peringkat awal, kemudian sistem akan bantu anda buat kerja.
Antara sistem Autoreponder yang terbaik di dunia buat masa ini adalah Aweber dan GetResponse. Kedua-duanya menyediakan pakej 30 hari secara percuma untuk tempoh percubaan sistem autoresponder mereka. Ramai pakar usahawan dunia menggunakan servis mereka termasuk pakar usahawan tempatan.
Cadangan servis autoresponder lain yang anda boleh cuba kelak adalah Mailer Lite. Untuk sistem ini, anda tidak dikenakan caj sebelum anda berjaya mencapai list seramai 1000 subsciber. Anda akan dikenakan caj bulanan setelah anda mencapai 1000 list. Sila review dulu setiap tawaran servis autoresponder mengikut kesesuaian dan kemampuan anda.
Secara mudah untuk anda fahami, proses mengumpul list memerlukan sistem autoresponder.
2) Menulis Artikel Blog
Langkah seterusnya untuk menjana komisen affiliate secara konsisten adalah anda perlu sediakan blog. Sekiranya anda telah memiliki blog, maka anda perlu lebih aktif menulis artikel di blog anda.
Kenapa memilih blog ?
Jika sekarang anda sesuatu maklumat di Google, majoriti keputusan carian yang dipamerkan pada Page 1 kebanyakannya datang dari sumber maklumat dari blog. Google sangat suka crawl maklumat yang datang dari artikel blog.
Platform blog merupakan medium penting untuk menjana komisen affiliate secara konsisten. Sekiranya artikel yang anda tulis mempunyai keunikan tersendiri, potensi menjana komisen yang anda kehendaki lebih mudah.
Penulisan blog juga mempunyai seninya yang tersendiri. Jika kita dapat kuasai seni blog dengan gaya penulisan yang tersendiri, ini merupakan bonus point untuk anda. Ada panduan yang mengajar bagaimana cara menjana pendapatan hanya melalui blog sahaja. Anda boleh search satu panduan yang bernama Seni Blog yang akan diajar oleh Tuan Rahman Basri.
Bagaimana blog membantu menjana komisen affiliate secara konsisten ?
Artikel blog niche lebih memberi kesan untuk mencapai objektif menjana pendapatan konsisten. Ini bermakna anda perlu memilik blog niche yang khusus pada produk atau servis tertentu.
Jika kepakaran anda sebagai contoh adalah dalam bidang penternakan lembu, anda boleh berkongsi pengalaman anda dalam bidang ini melalui blog khas tentang bisnes penternakan lembu. Anda kongsikan kisah kejayaan anda dari permulaan anda melakukan penternakan lembu sehingga berjaya.
Pada penghujung artikel itu nanti anda sediakan borang Opt-In untuk peminat khusus dalam bidang penternakan memasukkan maklumat mereka seperti Nama dan Email ke dalam sistem database autoresponder anda sekiranya mereka ingin mendapatkan maklumat lanjut.
Anda jelas ?
Sekiranya anda masih tidak jelas anda boleh lihat potensi ilmu yang diajar secara lengkap di Affiliate Method ini.
3) Tarik Trafik
Langkah terakhir pula, anda perlu tarik trafik agar membaca artikel blog anda. Anda boleh memilih untuk menggunakan cara berbayar ataupun percuma.
Cuma saya ingin menasihatkan sekiranya anda memilih kaedah mendapatkan trafik secara percuma, cuba elakkan spamming. Bukan apa….dikhuatiri blog anda nanti akan di block dari mana-mana search engine termasuk di sosial media seperti Facebook.
Itu takpe lagi, paling tak bagus jika kredibiliti anda tercalar hanya kerana aktiviti spamming kelak. Cuba elakkan !
Jika anda memilih pengiklanan cara berbayar, anda boleh cuba FB Ads. Buat permulaan saya cadangkan mulakan dengan modal kecil terlebih dahulu. Sebagai contoh mulakan dengan RM10 sehari. Cuba lihat potensi pembaca artikel yang anda kongsikan mampu meningkatkan jumlah list ataupun tidak.
Saya tidak dapat berkongsi secara teknikal bagaimana menggunakan FB Ads. Sebenarnya anda boleh belajar secara percu.ma melalui YouTube. Terdapat banyak content video FB Ads dari basic sehingga advance diajar di sana.
Tetapi sekiranya anda lebih berminat menggunakan Google Ads sebagai platform pegiklanan berbayar, saya syorkan anda dapatkan Panduan Video Google Ads yang diajar oleh Tuan Mohd Shamsuriyadi.
Pakej Lengkap Belajar Ilmu Bisnes Affiliate…
… dengan mempraktikkan ketiga-tiga langkah di atas. Terdapat sejumlah 26 video tutorial yang dibahagikan dari kategori Basic sehingga Advance.
Apa yang menarik dengan panduan ini ? (saya ada buat review pada post saya yang lepas – DI SINI!)
Cuba lihat beberapa studen yang telah mempraktikkan ilmu ini.
Testimoni 1
Testimoni 2
Ada beberapa testimoni studen lain yang telah berjaya menjana komisen dari bisnes affiliate secara konsisten.
Mereka mengamalkan ilmu yang diajar dalam satu pakej video tutorial secara komprehensif tentang cara menjana komisen affiliate dalam bisnes affiliate yang diberi nama Affiliate Method.
Jika mereka boleh, anda pun boleh !
Kesimpulan
Cabaran ekonomi di Malaysia sekarang ini memaksa kita untuk cari jalan bagaimana ingin menambah pendapatan. Mungkin apa yang saya kongsikan di atas hanyalah secebis kaedah tentang cara bagaimana nak jana komisen affiliate secara konsisten melalui bisnes affiliate.
Jika anda telah lama menjual produk digital ataupun fizikal secara online tetapi sukar menjana komisen secara konsisten mungkin dengan 3 langkah ini mencetuskan idea anda sendiri untuk terus menggali teknik pakar ini.
Semoga bermanfaat ! Jumpa lagi. InsyaaAllah