3 Sebab Pelanggan Mudah Terpengaruh Untuk Membeli Dengan Anda

Persaingan dalam perniagaan adalah biasa. Cuma pada zaman mutakhir ini, semakin ramai memulakan perniagaan dan ini semestinya memberi persaingan yang cukup besar untuk apa jua jenis perniagaan.

Bagaimana cara untuk mengecilkan jurang persaingan walaupun peniaga tumbuh bagai cendawan adalah dengan ilmu. Peniaga yang berilmu pasti mendapat tempat di hati prospek pelanggan.

Disamping mempelbagaikan teknik pemasaran, usaha agar tingkatkan ilmu bisnes juga penting supaya perniagaan sentiasa mendapat tempat di hati pelanggan. Apa yang paling penting ialah agar perniagaan terus kekal relevan sampai beberapa generasi.

Pada artikel kali ini, saya ingin berkongsi anda tentang cara bagaimana untuk mempengaruhi pelanggan agar membeli dengan anda.

Sila baca sampai habis yer !

 

1) Kualiti Produk Yang Optimum

Bagi pandangan saya kualiti produk lebih utama berbanding harga. Apabila kualiti produk pada tahap optimum, pelanggan akan mudah terpengaruh untuk membeli dengan anda.

Pelanggan tidak kisah membayar lebih sekiranya kualiti produk cukup berbaloi dengan duit yang mereka telah belanjakan.

Semestinya ada cara untuk mempengaruhi minda pelanggan agar percaya dengan anda. Sekiranya anda ingin belajar ilmu pengaruh minda pelanggan, saya ingin kongsikan video tutorial secara percuma istimewa kepada anda, cara hack minda pelanggan agar membeli dengan anda. Kalau berminat, sila KLIK SINI !

Sementara tawaran masih sah !

 

2) Respon Pantas Pertanyaan Prospek

Saya sendiri mempunyai pengalaman seller tidak respon langsung aduan pertanyaan saya tentang produk mereka. Anda pernah terkena tak ?

Apa perasaan anda masa tu. Pasti dalam minda kita terfikir, betul ke seller ni.

Sekurang-kurangnya respon dulu pertanyaan pelanggan sebagai contoh ” maaf yang tuan/puan, kami akan respon mesej tuan/puan dalam tempoh 24 jam dari sekarang ” Mungkin dengan mesej balas yang dimulai dengan “maaf” prospek rasa sejuk sikit.

Zaman sekarang ni tiada masalah untuk balas mesej prospek 24 jam. Terdapat banyak applikasi software yang boleh bantu anda menjawab respon bakal pelanggan dengan pantas dengan hanya “kata kunci” tertentu seperti mana software Mailevo Whatsapp Blaster boleh lakukan.

 

3) Testimoni Ikhlas

Anda percaya tak, sebenarnya testimoni mempunyai banyak kelebihan mempengaruhi prospek untuk membeli produk anda.

Testimoni ni tak boleh ‘buat-buat’ ataupun menipu. Testimoni perlulah dari komen ikhlas  yang lahir dari pembeli produk anda.

Antara salah satu cara mudah mendapat testimoni pelanggan adalah dengan cara memberi potongan harga diskaun kepada beberapa pelanggan terawal serta sanggup memberi komen ikhlas dari mereka setelah menggunakan produk anda.

Anda kompilasikan testimoni-testimoni mereka dan anda masukkan dalam ayat iklan, surat jualan dan sebagainya untuk mempengaruhi prospek pelanggan.

 

Kesimpulan

Perniagaan yang kukuh memerlukan usaha yang berterusan tanpa henti. Jangan pernah berhenti melakukan pemasaran dan sentiasa memberi perkhidmatan lepas jualan yang terbaik kepada pelanggan. Usaha mempengaruhi pelanggan hanyalah langkah mula untuk menjadikan mereka termasuk dalam senarai database pelanggan yang akan di follow up untuk hari mendatang.

Kata kunci pada artikel kali ini ialah ‘jangan putus asa‘ mencari ilmu perniagaan. Hanya dengan ilmu sahaja yang boleh memberi keyakinan pada peniaga sekiranya ingin merealisasikan impian memiliki empayar bisnes suatu masa kelak. InsyaAllah.

Sekian. Jumpa pada artikel seterusnya. Terima kasih.

 

About the author: Azeri

Usahawan online yang suka menulis artikel blog. Mempunyai impian untuk bebas dari kekangan wang dan masa. Blog adalah aset utama penulis untuk menjalankan bisnes. Penulis juga adalah seorang juruterapi rawatan Islam yang terlatih dan berpengalaman. Sekiranya artikel penulis memberi manfaat kepada anda, sila klik butang share. Terima kasih.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *