3 Sebab Pelanggan Mudah Terpengaruh Untuk Membeli Dengan Anda

Persaingan dalam perniagaan adalah biasa. Cuma pada zaman mutakhir ini, semakin ramai memulakan perniagaan dan ini semestinya memberi persaingan yang cukup besar untuk apa jua jenis perniagaan.

Bagaimana cara untuk mengecilkan jurang persaingan walaupun peniaga tumbuh bagai cendawan adalah dengan ilmu. Peniaga yang berilmu pasti mendapat tempat di hati prospek pelanggan.

Disamping mempelbagaikan teknik pemasaran, usaha agar tingkatkan ilmu bisnes juga penting supaya perniagaan sentiasa mendapat tempat di hati pelanggan. Apa yang paling penting ialah agar perniagaan terus kekal relevan sampai beberapa generasi.

Pada artikel kali ini, saya ingin berkongsi anda tentang cara bagaimana untuk mempengaruhi pelanggan agar membeli dengan anda.

Sila baca sampai habis yer !

 

1) Kualiti Produk Yang Optimum

Bagi pandangan saya kualiti produk lebih utama berbanding harga. Apabila kualiti produk pada tahap optimum, pelanggan akan mudah terpengaruh untuk membeli dengan anda.

Pelanggan tidak kisah membayar lebih sekiranya kualiti produk cukup berbaloi dengan duit yang mereka telah belanjakan.

Semestinya ada cara untuk mempengaruhi minda pelanggan agar percaya dengan anda. Sekiranya anda ingin belajar ilmu pengaruh minda pelanggan, saya ingin kongsikan video tutorial secara percuma istimewa kepada anda, cara hack minda pelanggan agar membeli dengan anda. Kalau berminat, sila KLIK SINI !

Sementara tawaran masih sah !

 

2) Respon Pantas Pertanyaan Prospek

Saya sendiri mempunyai pengalaman seller tidak respon langsung aduan pertanyaan saya tentang produk mereka. Anda pernah terkena tak ?

Apa perasaan anda masa tu. Pasti dalam minda kita terfikir, betul ke seller ni.

Sekurang-kurangnya respon dulu pertanyaan pelanggan sebagai contoh ” maaf yang tuan/puan, kami akan respon mesej tuan/puan dalam tempoh 24 jam dari sekarang ” Mungkin dengan mesej balas yang dimulai dengan “maaf” prospek rasa sejuk sikit.

Zaman sekarang ni tiada masalah untuk balas mesej prospek 24 jam. Terdapat banyak applikasi software yang boleh bantu anda menjawab respon bakal pelanggan dengan pantas dengan hanya “kata kunci” tertentu seperti mana software Mailevo Whatsapp Blaster boleh lakukan.

 

3) Testimoni Ikhlas

Anda percaya tak, sebenarnya testimoni mempunyai banyak kelebihan mempengaruhi prospek untuk membeli produk anda.

Testimoni ni tak boleh ‘buat-buat’ ataupun menipu. Testimoni perlulah dari komen ikhlas  yang lahir dari pembeli produk anda.

Antara salah satu cara mudah mendapat testimoni pelanggan adalah dengan cara memberi potongan harga diskaun kepada beberapa pelanggan terawal serta sanggup memberi komen ikhlas dari mereka setelah menggunakan produk anda.

Anda kompilasikan testimoni-testimoni mereka dan anda masukkan dalam ayat iklan, surat jualan dan sebagainya untuk mempengaruhi prospek pelanggan.

 

Kesimpulan

Perniagaan yang kukuh memerlukan usaha yang berterusan tanpa henti. Jangan pernah berhenti melakukan pemasaran dan sentiasa memberi perkhidmatan lepas jualan yang terbaik kepada pelanggan. Usaha mempengaruhi pelanggan hanyalah langkah mula untuk menjadikan mereka termasuk dalam senarai database pelanggan yang akan di follow up untuk hari mendatang.

Kata kunci pada artikel kali ini ialah ‘jangan putus asa‘ mencari ilmu perniagaan. Hanya dengan ilmu sahaja yang boleh memberi keyakinan pada peniaga sekiranya ingin merealisasikan impian memiliki empayar bisnes suatu masa kelak. InsyaAllah.

Sekian. Jumpa pada artikel seterusnya. Terima kasih.

 

Cara Jana Income Affiliate Dengan Blogger

Salam hormat kepada anda. Pada post kali ini saya ingin berkongsi idea bagaimana cara untuk menjana income affiliate dengan blogger. Anda mungkin tercari-cari maklumat untuk peluang menjana income affiliate dengan kos yang paling minimum.

Jika anda rasa anda masih kekurangan modal untuk website berbayar anda boleh gunakan platform blogger sebagai permulaan.

Idea ini mungkin membantu anda untuk mengelakkan bayaran kos untuk bil bulanan anda daripada digunakan untuk menjana income affiliate.

Sekiranya anda ingin tahu, sila baca post ini sehingga habis yer !

AffiliateEvo – Evolusi Web Affiliate

Blogger adalah salah satu produk daripada Google untuk pemain blog yang suka menulis jurnal, kisah hidup, aktiviti sesuatu pertubuhan dan sebagainya. Ia merupakan platform yang mesra pengguna dan yang paling penting anda TAK PERLU membayar apa-apa untuk menggunakannya.

Saya turut menggunakan platform ini untuk menjana income dari affiliate. Salah satu blog saya turut menggunakan bantuan produk ini Affiliatevo sebagai sumber income affiliate.

Ini adalah contoh website affiliate menggunakan sistem Affiliatevowww.azeribiz2u.blogspot.com


Kelebihan Affiliatevo

1) Kombinasi Affiliate 2 dalam 1 (OrderSini & KlikJer)
Apa yang menarik dengan tawaran Affiliatevo ialah dua platform affiliate yang terkenal dan dipercayai di Malaysia iaitu OrderSini dan KlikJer. Kedua-dua platform affiliate ini mempunyai kelebihan masing-masing dan semestinya pendaftaran adalah percuma. Anda boleh daftar terlebih dulu sekiranya anda berminat untuk medapatkan produk Affiliatevo.

2) Zero Kos untuk Website (guna blogger)
Bagi anda yang mungkin berhajat untuk memiliki website sendiri tetapi tiada bajet untuk memiliki website sendiri, maka blogger adalah cadangan terbaik. Bukan hanya disebabkan ia milik Google sendiri malah website affiliate anda juga mudah untuk di index enjin cariannya. Affiliatevo telah menyediakan satu template website affiliate yang mesra SEO (Search Engine Optimization) dan mesra pengguna.

 

3) Lebih 100+ produk affiliate dalam satu website
Terdapat lebih 100 produk affiliate akan diletakkan dalam website anda. Kerja anda mudah sahaja. Hanya berkongsi link produk affiliate dari website anda dan letakkan mana-mana sosial media, blog dan forum. Anda pilih produk yang anda rasa sesuai untuk anda perkenalkan kepada kenalan anda. Affiliatevo akan setup semuanya untuk anda. Anda hanya melakukan promosi link website anda sahaja. Semua tersedia. Menarik kan !

 

4) Konten untuk produk telah disediakan
Anda tak perlu pening kepala memikirkan konten apa yang nak ditulis bagi setiap satu produk affiliate. Anggap sahaja masalah anda selesai. Affiliatevo akan melakukan segalanya untuk anda. Mudah kan !

 

5) Automatik synchronize produk terbaru
Ini yang paling mengujakan saya. Sebab apa tau…anda tak perlu lagi risau untuk mengemaskini produk terbaru di kedua-dua platform affiliate ini. Seperti saya tekankan pada point kelebihan lain di atas, anda tak perlu risau dan anggaplah semua masalah telah selesai. Namun sekiranya anda menghadapi masalah, admin produk Affiliatevo akan support anda.

 

Kesimpulan

Affiliatevo telah banyak memudahkan kerja saya. Saya cuma perlu mempromosikan link website saya sahaja untuk mendapatkan jualan. Jika anda sentiasa sibuk dan tiada masa untuk membuat website affiliate, saya cadangkan anda dapatkan Affiliatevo dan mula jana income affiliate.

Saya harap idea ini membantu anda untuk menjana income affiliate. Sekian. Terima kasih.

 

 

 

Rupanya Wujud Software Robot Fesbuk di Malaysia Untuk Bantu Peniaga Online

software-robot-fesbuk-fboom

software-robot-fesbuk-fboom

Masih wujudkah software robot fesbuk yang tidak melanggar terma dan syarat Facebook ? Dah banyak juga software yang saya telah gunakan untuk menjadikan urusan pemasaran di platform sosial media ni. Macam-macam dah digunakan. Ada yang percuma dan ada juga yang berbayar.

Pengalaman saya kena block dengan Fesbuk lagilah. Memang menyakitkan. Saya rasa anda juga turut berpengalaman kena block kan. 

Walaupun begitu saya masih tidak putus asa membeli software apa yang boleh membantu memudahkan urusan saya dalam perniagaan. Boleh dikatakan banyak juga modal saya telah habiskan mencuba satu-satu software auto fesbuk yang berkesan.

Kebanyakan software yang saya telah cuba dikeluarkan oleh developer dari luar negara. Ada juga software auto fesbuk yang terbaik tetapi apabila telah melanggar terma dan syarat, maka lenyap langsung developer. Rugi saya ketika tu.

Pada post kali ini, saya ingin berkongsi kepada anda satu software robot fesbuk terbaik masa kini untuk anda cuba kaji dulu keberkesanannya. Adakah software ini mempunyai potensi membantu bisnes anda ?

 

Solvy Robot Fesbuk

Software ini sedang saya gunakan hampir 6 bulan dan saya ingin berkongsi kepada anda kenapa anda perlu turut serta bersama saya untuk mencuba software robot fesbuk ini. Saya antara pengguna terawal sebelum versi software ini menjadi lebih terkenal kini. Ya ! Sekiranya anda baru tahu nama berkenaan software Solvy Robot Fesbuk ini, maka anda akan menjadi pengguna versi yang terkini dan lebih powerful.

Solvy Heroes ini sebenarnya merupakan satu jenama untuk pengeluaran 2 produk software yang berkualiti tinggi untuk mengautomasikan jualan di Facebook dan juga WhatsApp. Fokus mereka memang pada mulanya untuk membantu peniaga-peniaga online di Malaysia sahaja. Tetapi kini tanpa disangka rupa-rupanya software mereka ini juga diminati oleh pengguna dari Singapura dan Indonesia. 

Sebenarnya terdapat beberapa software lagi yang mereka bakal lancarkan. Tetapi disebabkan mereka menekan kualiti bagi kedua produk software terawal mereka, mereka cuba memberi support yang terbaik untuk para pelanggan mereka.

FBOOM adalah nama salah satu produk keluaran Solvy Heroes. Saya akan cuba kongsikan beberapa kelebihan software ini kepada anda yang tercari-cari software yang selamat, padu dan memberi kesan kepada jualan anda kelak. Sila baca pada perenggan seterusnya…!

 

7 Fungsi Premium FBOOM

Pasti anda keliru kan…kenapa sekejap saya sebut Solvy Robot Fesbuk, lepas tu Solvy Heroes dan sekarang FBOOM. Sebenarnya tiada beza cuma Solvy Heroes tu adalah satu jenama beberapa usahawan yang pakar dalam bidang pemasaran, pakar software dan usahawan yang berpengalaman luas. Solvy Robot Fesbuk dan FBOOM pula adalah nama software untuk robot Facebook. 

Jadi untuk point seterusnya adalah 7 fungsi premium FBOOM yang patut anda tahu.

 

1) Auto Post Content Group (POWER)

Anda boleh kongsikan post ke dalam group anda sertai. Mungkin agak biasa bagi anda yang berpengalaman menggunakan fungsi auto software kan. Melalui fungsi ini organic reach anda akan meletop dan viral di fesbuk. Set dan tekan jer untuk automasikan sharing post anda. Selamat dan efektif !

 

2) Auto Inbox Friends

Engagement dengan rakan FB jadi lebih mudah. Extract je list rakan fb dan dah boleh mesej dorang dengan mudah tanpa perlu PM dorang satu persatu.

 

3) Auto JOIN Group

Masukkan keyword grup apa anda nak join. Walla! terus je keluar grup yang anda nak. Tekan start terus FBOOM joinkan anda masuk dalam grup tu. Senangnya hidup !

 

4) Auto ADD Friends

Tambah rakan fb yang targeted barulah senang nak jual pada orang yang sama interest dengan produk yang anda nak jual.

 

5) Auto SHARE Post ke Group

Post ke group FB dengan mudah. Sedut senarai grup dan pilih grup mana anda nak hantar iklan. Sekali klik je setel! Anda jugak boleh SCRAP GRUP LIST. Masukkan keyword grup apa anda nak terus fboom cari grup tersebut. Senangnya hidup !

 

6) Auto COMMENT

Komen di setiap posting anda supaya closing dapat dibuat dengan mudah. Dengan menggunakan fungsi ini, akaun FB anda lebih meyakinkan dan dengan senang hati setiap post anda akan dinaikkan di Newsfeed FB anda.

 

7) Auto LIST MarketPlace (POWER)

Buat listing dan terus upload. Sekali klik je anda dah ada produk di Marketplace fesbuk. Tambah lagi channel jualan anda. Tak perlu dah listing cara manual yang memenatkan.

 

Video Pengenalan FBOOM

Itulah 7 fungsi premium yang ada dalam software FBOOM. Demi kefahaman anda saya kongsikan pula video pendek macam mana FBOOM ini berfungsi. Sila tekan butan PLAY untuk menonton !

Sampai sini dululah perkongsian saya pada post kali ini. Sebenarnya ada lagi kelebihan lain yang saya nak kongsikan tentang software FBOOM kepada anda. Saya rasa cukuplah setakat ni dulu. Sampai jumpa lagi pada post yang lain. InsyaAllah.

Sekiranya anda berminat nak baca secara lanjut tentang software FBOOM ini dan mungkin manalah tahu anda berminat nak cuba software ini, sila KLIK SINI !

3 Cara Unik Menggunakan Facebook Untuk Bisnes

3-cara-unik-bisnes-di-facebook

3-cara-unik-bisnes-di-facebook

Kewujudan Facebook merupakan satu alternatif untuk anda membina jenama bisnes anda sendiri. Sebagai usahawan anda perlu menggunakan media sosial ini sebagai platform paling ampuh masa kini untuk membuat prospek untuk mengenali jenama bisnes anda.

Sekiranya anda belum ada pelanggan, di Facebook merupakan salah satu medium paling ampuh untuk menaikkan lagi kredibiliti jenama bisnes anda.

Tidaklah salah untuk saya berkongsi kepada anda tentang 3 cara unik menggunakan Facebook sebagai bisnes anda. 

Apabila saya katakan unik, sekiranya anda melakukannya insyaAllah ia membantu mempercepatkan bisnes anda dikenali ramai orang.

Berikut adalah 3 cara yang saya maksudkan.

 

3 Cara Unik Menggunakan Facebook Untuk Bisnes

 

1) Link kan Personal Profile dengan Fanpage Bisnes Anda

Facebook Profile perlu digunakan dengan sebaiknya. Adalah sebaiknya cuba elakkan dari salah guna profile anda untuk membuat status hard selling. Sekiranya terlalu direct menjual sedikit sebanyak boleh menjatuhkan kredibiliti anda. 

Ini bukan bermakna tak boleh menjual langsung di Facebook Profile. Dicadangkan agar anda lebihkan berkongsi tentang aktiviti kehidupan anda, motivasi,  kongsi tip dan apa jua perkara yang lain dari bisnes anda sendiri. Sekiranya anda ingin berkongsi tentang bisnes pun biarlah dari topik luar tetapi ia ada kene mengena dengan bisnes anda.

Itu sedikit tip berkenaan Facebook Profile tetapi bagaimana cara untuk link kan personal profile dengan fanpage bisnes ?

Berikut saya berikan langkah demi langkah caranya yang saya lakukan pada Facebook Profile saya. Saya anggap anda telah memiliki Fanpage Bisnes anda sendiri.

 

Langkah 1 : Klik butang ‘About’

 

Langkah 2 : Klik butang ‘Work and Education’

 

Langkah 3 : Klik butang ‘Add a workplace’ 

 

Langkah 4 : Masukkan Company dengan memilih ‘Nama Fanpage’ anda dan Tekan butang SAVE

 

Langkah 5 : Selesai. Ini contoh dari Facebook Profile saya

Setelah selesai anda dapat lihat profil anda akan tertera Fanpage Bisnes anda di Facebook Profile anda. Apabila terdapat prospek melihat profile anda, mereka akan nampak Fanpage anda. Maka ia akan meyakinkan diri mereka untuk mula berurusan dengan anda.

 

2) Kerap Komen di Fanpage Yang Popular

Anda LIKE fanpage yang popular dan ramai pengikut. Cari Fanpage yang berkaitan dengan bisnes anda. Sebagai contoh mungkin bisnes niche anda dalam bidang masakan. Anda cari fanpage chef yang terkenal dan like fanpage mereka. Kemudian komen setiap post mereka. 

Harus saya ingatkan untuk anda ingat fanpage bisnes yang anda telah komen. Komen yang murni serta positif. Beri sokongan kepada admin fanpage tersebut. InsyaAllah pasti akan ada prospek yang akan tertarik untuk melihat profile anda atau fanpage bisnes anda.

Ada satu tips yang perlu diingatkan bersama, Facebook adalah satu platform sosial media. Namapun sosial kan ! Jadi kita haruslah lebih kepada cara bersosial berbanding menjual semata-mata. Cuma tempat bersosial kita adalah secara maya.

Walaupun ada bezanya cara bersosial secara maya dan secara realiti, tetapi matlamatnya sama iaitu ingin mewujudkan rasa ‘percaya’ dan yakin dengan bisnes yang anda lakukan.

Cuma yang bahayanya bersosial di alam maya ni, jika berlaku kesilapan walaupun kecil, ia akan memberi implikasi yang buruk kepada imej bisnes. Bisnes mudah terjejas. 

Jadi sebagai usahawan, langkah berhati-hati sangat perlu dititik beratkan !

 

3) Gunakan Video

Kebanyakan pakar sosial media menyarankan agar usahawan hari ini perlu mengambil langkah berani untuk menggunakan video di Facebook. Sekarang adalah masa yang sangat sesuai. Saya lihat semakin hari semakin ramai usahawan yang berani menggunakan video sebagai medium pemasaran mereka di Facebook.

Antara tips yang saya ingin kongsikan pada cara ketiga ini ialah anda perlu buat video sebulan sekali secara konsisten. Video tidak semestinya berkaitan produk atau servis bisnes anda. Mungkin anda boleh rancang video pada bulan pertama tentang profile syarikat anda, kemudian bulan kedua tentang tips yang bermanfaat, selepas tu video tentang aktiviti anda bersama rakan kongsi, pekerja dan sebagainya.

Jika anda tiada idea nak buat video di Facebook, mungkin software video VidKala ini boleh membantu anda. Anda cari video yang sedang viral di Facebook kemudian anda generate video terus melalui software ini dalam tempoh 60 saat.

Ia terpulang kepada anda. Sebenarnya terdapat banyak software untuk buat video sekarang ni. Anda hanya perlu pandai memilih software yang mana dapat membantu mempercepatkan proses membuat video.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan software VidKala, anda boleh KLIK SINI !

Ada satu lagi tip bagi cara ketiga ini yang saya ingin kongsikan kepada anda iaitu Facebook Live. Sebenarnya Mark Zuckerberg sangat suka penggunanya menggunakan video live di Facebook. Anda boleh lihat sendiri di newsfeed, FB Group pasti akan naik di atas adalah video live. Sebab apa ? Algorithm Facebook sangat suka Facebook Live.

Apabila kita buat FB Live, akan wujud banyak interaksi, engagement dengan penonton video seperti LIKE dan komen dari penonton yang bakal prospek pelanggan anda. Dengan aktifnya engagement, maka post status video live akan sentiasa naik ke atas. Inilah sebab kenapa Facebook sangat suka video.

Saya pernah melihat sendiri perubahan salah seorang usahawan yang pada mulanya hanya menjadi dropship pada mulanya dan kini menjadi founder produk sendiri. Kehidupan berubah 360 darjah walaupun tak sampai setahun. Dari hanya membuat video live di dapur biasa-biasa sehingga sekarang dapur yang moden. Dari rumah kampung yang biasa-biasa sampai mampu renovate rumah menjadi lebih besar, moden dan lebih selesa.

Begitulah penangan kepada mereka yang  berani membuat video live di Facebook. Mungkin dah rezeki mereka kan tetapi sebagai usahawan kalau tak cuba sekarang, manalah tau kan !

Sekarang adalah masa yang tepat untuk anda mulakan video untuk bisnes anda di Facebook !

 

Kesimpulan

Kejayaan adalah perkara subjektif. Sebagai usahawan kita tidak akan tahu untung nasib bisnes kita akan datang selagi masih tidak hilang semangat juang demi bisnes yang sedang dibangunkan. Apa yang penting, kita berusaha selagi belum capai matlamat yang kita inginkan melalui bisnes.

Mungkin 3 cara unik menggunakan Facebook untuk bisnes ini boleh membantu meningkatkan apa jua bisnes anda. Wallahua’lam. Apa yang penting kita berusaha sebaik mungkin dan seterusnya bertawakal kepada Allah.

Semoga post kali ini memberi manfaat kepada anda. Sekian dulu. Sampai jumpa lagi. InsyaAllah.

 

tip-pemasaran-email

4 Formula Pemasaran Email Untuk Tingkatkan Jualan Bisnes Anda

4 formula pemasaran email

Alhamdulillah hari ini saya diberi kesempatan untuk menulis di blog rasmi saya ini. Ramai usahawan terlupa kepada salah satu teknik pemasaran yang efektif dan sentiasa evergreen iaitu pemasaran email. 

Teknik pemasaran tidak popular seperti pemasaran FB Ads, Google Ads dan apa jua platform berbayar yang mungkin anda tahu. Sebenarnya ramai usahawan terlupa bahawa pemasaran email mempunyai keunikan tersendiri.

Secara jujurnya sepanjang penglibatan saya dalam dunia bisnes internet, sehingga hari ini saya masih tak faham seni sebenar dalam pemasaran email. Namun sebenarnya teknik ini mampu meningkatkan jualan produk dan perkhidmatan tidak kiralah apa jua bisnes anda.

Macam tidak percaya kan ! Tapi teknik pemasaran inilah sepatutnya anda bukan sekadar tahu tetapi perlu faham sedalam-dalamnya. Tahu dan faham mempunyai banyak perbezaan.

Perenggan seterusnya saya kongsikan apakah 4 formula pemasaran email untuk meningkatkan jualan.

 

4 Formula Pemasaran Email

 

Berikut adalah formula untuk meningkatkan jualan bisnes anda melalui teknik pemasaran email.

1) Email Mestilah Menggunakan Sekurang-Kurangnya Salah Satu Dari Tiga Perkara Ini

Sama seperti penulisan blog, artikel, post di sosial media, laporan dan lain-lain, pemasaran email juga berkaitan konten. Jika anda ingin setiap email anda dibuka, anda lakukan salah satu atau semua cara dari ketiga-tiga cara di bawah.

Bercerita – Menonton 2 jam movie adalah perkara biasa bagi pengguna email. Mereka tidak mahu membuang masa selama 30 saat pertama mereka untuk membaca mesej email yang membosankan. Jadi mesej email anda haruslah mempunyai konsep penceritaan agar mereka tidak bosan. Dalam masa yang sama anda selitkan mesej jualan anda dalam penceritaan tadi. Anda faham maksud saya kan.

Berkongsi Ilmu atau Mengajar – Mereka yang subscribe email anda mengharapkan sesuatu daripada anda. Jika mesej email anda tentang perkongsian ilmu atau mengajar mereka tentang sesuatu ilmu, ia sangat menarik minat mereka. Dari minat tadi mula bertukar rasa percaya kepada anda. Maka kadar potensi mesej email anda dibuka sangat tinggi.

Motivasi – Mesej motivasi yang memberi inspirasi ataupun menaikkan semangat sangat menarik perhatian sesiapa pun. Menghantar mesej motivasi juga memberi impak yang baik kepada pemasaran email. Manalah tahu mungkin mesej email anda kelak memberi titik permulaan perubahan hidup mereka.

Itulah sahaja cara yang anda boleh gunakan kesemua sekali ataupun salah satu dari tiga cara di atas.

 

2) Hampir Semua Email Anda Perlu Letakkan Link

Anda perlu letakkan link membeli produk dan perkhidmatan anda pada hampir keseluruhan mesej email anda. Jika anda tidak letakkan link, bagaimana cara mereka untuk membeli kan. Kita tidak tahu penghantaran mesej yang keberapa mereka akan mula membeli. Jadi anda letakkan link pada hampir setiap mesej email anda, potensi membeli sangat besar. Lambat atau cepat sahaja kesan jualan pasti berlaku.

 

3) Hantar Email Setiap Hari

Cara ketiga ini mungkin agak berlainan sedikit daripada yang otai email ajarkan. Tetapi inilah yang diajar oleh usahawan antarabangsa. Sekurangnya 30 hari pertama, anda kerap menghantar email supaya mereka kenal anda. Anda tidak perlu hiraukan mereka akan klik butang unsubcibe email anda. Biarkan mereka membuat keputusan. Sebagai usahawan, kita perlu biasakan menerima rejection daripada pelanggan. Jangan mudah putus asa untuk sentiasa menghantar email sekurang-kurangnya 30 hari yang pertama. Pasti anda akan jumpa pelanggan yang setia dan ternanti-nanti mesej email anda.

 

4) Hantar Semula Email Yang Tidak Dibaca

Perkara ini juga sebenarnya jarang dilakukan oleh ramai usahawan yang menggunakan pemasaran email. Menghantar semula email yang tidak dibuka atau dibaca oleh pelanggan juga berpotensi memberi kesan kepada jualan bisnes anda. Berdasarkan pengalaman saya sangat jarang sistem email yang membenarkan penghantaran email pada tempoh tertentu sekiranya pelanggan masih tidak membuka email. Tetapi sekiranya terdapat sistem email atau dipanggil sebagai autoresponder mempunyai pilihan penghantaran semula email (re-send), anda boleh pilih sistem email itu.  

 

Kesimpulan

Sebagai usahawan sangat rugi sekiranya kita tidak mendalami ilmu pemasaran email. Walaupun masih ada dikalangan usahawan yang masih skeptikal tentang teknik ini, tapi percayalah pemasaran email tetap tidak akan tertelan zaman. Pemasaran email belum tamat. Ia sentiasa baru bermula di setiap zaman. 

Saya harap setiap ilmu yang kongsikan di blog ini memberi manfaat kepada anda. Sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan ilmu pengetahuan anda tentang ilmu pemasaran online. Semoga memberi manfaat dan jumpa lagi. InsyaAllah. Sekian. 

5 Cara Menarik Pelanggan Agar Membeli Dengan Kita

cara-menarik-pelanggan

cara-menarik-pelanggan

 

Masalah yang sering bermain di minda para peniaga adalah cara bagaimana menarik pelanggan agar membeli di kedai kita. Daya penarik juga adalah sesuatu yang perlu ada pada seseorang peniaga.

Bukan sahaja pada imej personaliti itu sendiri malah 5 cara yang saya kongsikan di bawah ini juga mempunyai kekuatan untuk menarik pelanggan agar membeli dengan anda.

Bagaimana cara mengekalkan jualan sekiranya tiada pelanggan yang datang selalu datang ke kedai kita. Betul tak ?

Fokus perkongsian saya pada kali ini adalah perniagaan yang menggunakan kaedah online dan offline.

 

1) Kualiti Gambar Produk Yang Menarik dan Unik

Gambar yang mempunyai resolusi yang optimum memainkan peranan penting untuk menarik pelanggan. Bukan gambar yang pecah-pecah yer.

Sebagai contoh anda mempunyai perniagaan kedai makanan…gambar yang menarik dan unik cukup penting. Bukan sahaja gambar pada menu makanan malahan tarikan gambar yang berunsur motivasi, humor, alam semula jadi dan sebagainya.

Sekiranya anda memiliki kedai online seperti e-commerce, kualiti gambar yang kreatif menjadi nilai tambah untuk menarik pelanggan melihat perniagaan anda.  

 

2) Tawaran Yang Menarik Perhatian

Ini adalah perkara wajib dilakukan sekiranya anda masih baru membina perniagaan anda. Tawaran seperti diskaun, beli satu percuma satu, kad keahlian dan sebagainya pada satu tempoh tertentu boleh menarik pelanggan agar membeli dengan kita.

Sekiranya anda melakukan bisnes secara online, anda boleh berikan produk info digital seperti ebook sebagai contohnya ebook “5 Langkah Menjana RM 121,175 Dengan Bisnes Affiliate” sekiranya anda menjalankan perniagaan affiliate.

Jika anda melakukan perniagaan kedai gunting rambut, mungkin anda boleh berikan ebook “5 Tip Penjagaan Rambut Dengan Style Terkini” sebagai contohnya.

Cuba anda rujuk idea yang digunakan pesaing anda, kemudian cuba buat kelainan sedikit supaya tawaran anda menjadi lebih menarik.

 

3) Gunakan Market Place

Shopee dan Lazada adalah market place yang paling popular di Malaysia. Anda boleh mencari lebih banyak bakal pelanggan baru di sini tidak kiralah anda melakukan perniagaan secara online ataupun secara  offline.

Penekanan pada cara point nombor 1 di atas sangat penting untuk dipraktikkan di market place. Gambar yang menarik dan unik merupakan extra point untuk menarik pelanggan.

Sekiranya anda melakukan secara offline, saya cadangkan anda gunakan market place untuk meletakkan produk yang anda jual di sana. Proses menerima pesanan juga mudah diuruskan melalui notifikasi melalui handphone anda untuk menguruskan penghantaran pesanan. 

Andaikata anda lebih cenderung melakukan perniagaan secara online, anda wajib memiliki kedai E-Commerce anda sendiri. Ia satu keperluan masa kini dan ini juga menjadikan anda memiliki double extra bonus berbanding peniaga yang tidak memiliki kedai e-commerce.

Saya tak pasti anda yang membaca sehingga perenggan ini telah memiliki kedai e-commerce atau tidak, sekiranya anda yang ingin meminumkan kos membina kedai online anda sendiri, anda boleh belajar cara membina kedai e-commerce pertama anda di sini !

rahsia-e-commerce-zyan

 

4) Optimasi Website E-Commerce

Sehingga cara yang keempat ini juga saya masih memberi penekanan tentang kedai e-commerce. Ia satu syarat penting untuk anda bergerak lebih jauh dan kekal lebih lama dalam perniagaan anda.

Sekiranya anda telah memiliki kedai e-commerce anda, proses optimasi website e-commerce merupakan satu langkah penting. 

Keadah optimasi terbaik adalah anda perlu berkongsi artikel berkenaan tip dan trik tentang produk perniagaan anda. Sebagai contoh sekiranya anda melakukan perniagaan bengkel kereta, anda boleh kongsikan cara bagaimana menyelenggara enjin agar bertahan lebih lama dengan prestasi yang maximum.

Penulisan artikel berbentuk perkongsian ilmu adalah salah satu cara untuk optimasi website e-commerce anda yang paling efektif. Ini kerana majoriti pengguna internet suka mencari maklumat yang boleh selesaikan masalah mereka.

Lebih banyak kita berkongsi dengan hati yang ikhlas berdasarkan pengalaman dan kepakaran kita, lebih mudah search engine seperti Google mengidexkan website di muka pertama menggunakan kaedah dan cara yang betul, maka lebih mudahlah menarik pelanggan untuk membeli produk kita.

Saya tak pasti apa yang saya syorkan kepada anda untuk menarik pelanggan baru untuk cara nombor 4 ini membantu anda atau tidak, sekiranya anda ingin belajar secara PERCUMA tentang cara bagaimana menambah pelanggan menggunakan blog anda boleh belajar di sini ! Semoga membantu yer.

cari-pelanggan-dengan-blog

 

5) Perluaskan Perniagaan dengan Pengiklanan

Cara terakhir untuk menarik pelanggan agar membeli dengan kita adalah melalui pengiklanan. Jika anda ingin memperluaskan perniagaan, anda perlu bajet untuk modal iklan berbayar.

Anda bayangkan sekiranya anda menggunakan iklan di Facebook Ads, Google Ads dan Bing Ads menggunakan kaedah dan cara yang betul, impak jualan akan berlaku kelak.

Pengiklanan berbayar terbukti berkesan tetapi anda perlukan ilmu yang betul untuk mempraktikkannya. Sebagai contoh Certified Google Premier Partners di Malaysia bernama Sifu WanMus yang mengajar trik dan tip dari asas ke advance tentang cara iklan di Google ini. Ada tawaran terhad. Sila klik gambar untuk maklumat lanjut.

belajar-google-ads-sifu-wan-mus  

7 Kepentingan Memiliki Blog Anda Sendiri (No #6 Peniaga Kecil Perlu Tahu)

kepentingan-blog-peniaga-kecil

kepentingan-blog-peniaga-kecil

Blog adalah satu medium pemasaran yang berkesan pada kos yang minima berbanding pegiklanan berbayar. Anda boleh mensasarkan tepat kepada prospek pelanggan anda untuk menarik minat perhatian mereka kepada bisnes yang anda sedang lakukan.

Penulisan blog juga merupakan salah satu cara untuk menarik trafik ke website jualan pemilik peniaga kecil bagi menarik prospek yang berpotensi menjadi pelanggan.

Berikut adalah 7 kepentingan memiliki blog anda sendiri terutamanya pemilik peniaga kecil.

 

1) SEO (Search Engine Optimization)

Kepentingan pertama kenapa anda perlu memiliki blog ialah disebabkan enjin carian sebagai contoh Google dan Bing hampir kebanyakan keputusan carian maklumat dari kata kunci / key word yang anda ingin ketahui adalah datang dari sumber medium blog. Setuju tak ?

Apabila anda mencari maklumat maka anda akan menaip keyword di enjin carian. Hasil dari carian tersebut, kebiasaannya medium blog akan menduduki pada page pertama.

Penulisan blog juga lebih mesra SEO untuk memperkenalkan perniagaan anda. Anda hanya perlu berkongsi maklumat yang memberi manfaat kepada prospek sasaran anda agar mereka kerap menjumpai website anda setiap kali mencari maklumat.

Sekiranya anda tidak tahu menulis dan tiada pengalaman menulis anda boleh mengupah ghost writer ataupun penulis upahan untuk mereka menulis di blog anda.

Sebenarnya tiada alasan untuk anda memiliki blog anda sendiri pada zaman kini terutamanya peniaga kecil.

Inilah kepentingan pertama anda perlu memilik blog. Kemudian kita ke point kedua…

 

2) Mengeratkan Hubungan Dengan Pelanggan Sedia Ada

Blog juga boleh menjadi medium penghubung dengan prospek dan pelanggan anda. Setiap pelanggan lebih mudah untuk mengetahui perkembangan bisnes anda.

Melalui blog juga pelanggan juga mengetahui apakah produk terbaru bisnes anda, promosi terkini dan tip-tip terbaru yang berkaitan dengan niche bisnes anda.

Sebagai contohnya anda memiliki bisnes dalam niche kecantikan, anda perlu selalu berkongsi tip tip menarik tentang topik kecantikan menggunakan blog anda.

Ataupun anda seorang mekanik kereta yang memiliki bengkel kereta anda sendiri, anda menekspresi ilmu dan kemahiran anda tentang cara-cara penjagaan kereta luar dan dalam melalui blog anda.

Dari situ anda akan membina kepercayaan ataupun trust kepada prospek dan pelanggan anda. Perhubungan juga boleh berlaku dengan prospek dan pelanggan anda dengan adanya kotak komen pada blog untuk pertanyaan ataupun terus menghubungi anda.

Baiklah…berikut adalah point yang ketiga.

 

3) Meletakkan Diri Anda Sebagai Pakar

Penulisan blog yang kerap juga akan meletakkan diri anda sebagai pakar. Konsep bisnes internet itu sendiri pada asasnya adalah tentang maklumat. Hampir 100% pengguna internet kebiasannya menggunakan internet untuk mencari maklumat yang boleh menyelesaikan masalah mereka.

Melalui kaedah dan cara yang betul untuk menulis blog, anda boleh meketakkan diri anda sebagai pakar dalam bidang ataupun niche bisnes anda sendiri.

Sebagai contoh yang saya beri pada point kedua di atas, sekiranya anda sebagai mekanik, anda kongsikan cara-cara penjagaan enjin kereta agar tahan lebih lama kepada prospek ataupun pelanggan anda dan sebagainya tentang penyelenggaraan kereta.

Anda nampak tak kekuatannya di sini ?

Ok…kita ke point ke empat pula.

 

4) Pelaburan Jangka Panjang Yang Bijak

Memiliki blog merupakan satu pelaburan jangka panjang yang bijak. Penulisan blog secara istiqamah tanpa jemu tidak kiralah anda menulis sendiri ataupun mengupah penulis lain untuk blog anda pasti akan memberi kesan kepada bisnes anda kelak.

Medium blog adalah berbeza dengan medium pengiklanan yang lain, ia sangat berkesan untuk menarik pelanggan sedia anda terutamannya ketika anda melakukan kempen jualan.

Berkongsilah melalui penulisan blog anda sehingga beratus dan beribu artikel sekalipun tanpa gagal, ia pasti akan memberi implikasi yang positif kepada bisnes anda.

 

5) Membina Jenama

Sebagai peniaga kecil pembinaan jenama sangat penting dan ia perlu dilakukan diperingkat awal. Salah satu cara untuk membina jenama anda adalah melalui blog.

Setiap penulisan blog anda boleh dikongsikan di sosial media seperti Facebook, Twitter, Instagram dan sebagai untuk memperkenalkan bisnes anda.

Pembacaan artikel yang menarik akan menyumbang kepada penyebaran / viral yang lebih luas dan dalam masa yang sama ia membina jenama anda sendiri. Apa yang penting anda perlu fikirkan apakah jenama bisnes anda yang perlu diperkenalkan !

Baiklah…kita terus ke point ke enam yer.

 

6) Menarik Pelanggan Baru

Blog juga berpotensi membantu anda menarik minat pelanggan baru. Melalui penulisan artikel melalui blog yang dapat menyelesaikan masalah mereka akan menarik lebih banyak pelanggan baru.

Pelanggan sedia ada anda akan berkongsi di sosial media mereka kerana manfaat yang mereka terima dari artikel blog anda. Ini juga membantu proses viral seperti virus tanpa anda tahu dari mana datangnya mereka ini.

Amatlah rugi sekiranya anda tidak menggunakan medium blog untuk bisnes anda khususnya kepada peniaga kecil.

Terdapat cara bagaimana untuk menambah pelanggan melalui blog. Ia Percuma sahaja !

Anda beruntung sebab menjumpai blog saya. Banyak ilmu percuma saya kongsikan di sini. Sekiranya anda berminat untuk ketahui cara bagaimana untuk tambah pelanggan melalui blog anda boleh dapatkan – DI SINI !

Sekarang kita terus ke point terakhir pula yer.

 

7) Langkah Menjadi Pemain Niche Utama Bisnes Anda

Hasil dari penulisan blog anda secara istiqamah dan kerap berkongsi ilmu yang dapat menyelesaikan masalah pelanggan akan menjadikan jenama bisnes anda meningkat secara mendadak.

Langkah ini memerlukan disiplin dalam menulis dan semestinya memberi kesan kepada emosi mereka. Anda tidak digalakkan untuk terus menjual kepada pelanggan buat permulaan secara hard selling selagi jenama bisnes anda belum dikenali umum.

Kekerapan berkongsi maklumat yang bermanfaat di blog anda akan menjadi niche bisnes anda meningkat dan mungkin menjadi carian utama bakal pelanggan kerana sentiasa berada pada page pertama dalam enjin carian.

Bukankah inilah objektif yang harus dicapai buat peniaga kecil terutamanya.

 

Kesimpulan

Memiliki blog sendiri adalah satu keperluan masa kini. Pada pandangan peribadi saya blog WAJIB dimiliki oleh peniaga kecil khususnya dan peniaga besar amnya.

Sekiranya anda ingin bisnes anda bersaing ke peringkat yang lebih meluas, medium blog perlu digunakan selain pengiklanan berbayar di sosial media, google ads, bing ads dan sebagainya.

Semoga post ini memberi manfaat kepada anda.

 

Sila DOWNLOAD Secara PERCUMA Cara Tambah Pelanggan Melalui Blog

( Klik pada gambar di bawah sekarang ! )

seni-blog-tambah-pelanggan