3 Cara Unik Menggunakan Facebook Untuk Bisnes

3-cara-unik-bisnes-di-facebook

Kewujudan Facebook merupakan satu alternatif untuk anda membina jenama bisnes anda sendiri. Sebagai usahawan anda perlu menggunakan media sosial ini sebagai platform paling ampuh masa kini untuk membuat prospek untuk mengenali jenama bisnes anda.

Sekiranya anda belum ada pelanggan, di Facebook merupakan salah satu medium paling ampuh untuk menaikkan lagi kredibiliti jenama bisnes anda.

Tidaklah salah untuk saya berkongsi kepada anda tentang 3 cara unik menggunakan Facebook sebagai bisnes anda. 

Apabila saya katakan unik, sekiranya anda melakukannya insyaAllah ia membantu mempercepatkan bisnes anda dikenali ramai orang.

Berikut adalah 3 cara yang saya maksudkan.

 

3 Cara Unik Menggunakan Facebook Untuk Bisnes

 

1) Link kan Personal Profile dengan Fanpage Bisnes Anda

Facebook Profile perlu digunakan dengan sebaiknya. Adalah sebaiknya cuba elakkan dari salah guna profile anda untuk membuat status hard selling. Sekiranya terlalu direct menjual sedikit sebanyak boleh menjatuhkan kredibiliti anda. 

Ini bukan bermakna tak boleh menjual langsung di Facebook Profile. Dicadangkan agar anda lebihkan berkongsi tentang aktiviti kehidupan anda, motivasi,  kongsi tip dan apa jua perkara yang lain dari bisnes anda sendiri. Sekiranya anda ingin berkongsi tentang bisnes pun biarlah dari topik luar tetapi ia ada kene mengena dengan bisnes anda.

Itu sedikit tip berkenaan Facebook Profile tetapi bagaimana cara untuk link kan personal profile dengan fanpage bisnes ?

Berikut saya berikan langkah demi langkah caranya yang saya lakukan pada Facebook Profile saya. Saya anggap anda telah memiliki Fanpage Bisnes anda sendiri.

 

Langkah 1 : Klik butang ‘About’

 

Langkah 2 : Klik butang ‘Work and Education’

 

Langkah 3 : Klik butang ‘Add a workplace’ 

 

Langkah 4 : Masukkan Company dengan memilih ‘Nama Fanpage’ anda dan Tekan butang SAVE

 

Langkah 5 : Selesai. Ini contoh dari Facebook Profile saya

Setelah selesai anda dapat lihat profil anda akan tertera Fanpage Bisnes anda di Facebook Profile anda. Apabila terdapat prospek melihat profile anda, mereka akan nampak Fanpage anda. Maka ia akan meyakinkan diri mereka untuk mula berurusan dengan anda.

 

2) Kerap Komen di Fanpage Yang Popular

Anda LIKE fanpage yang popular dan ramai pengikut. Cari Fanpage yang berkaitan dengan bisnes anda. Sebagai contoh mungkin bisnes niche anda dalam bidang masakan. Anda cari fanpage chef yang terkenal dan like fanpage mereka. Kemudian komen setiap post mereka. 

Harus saya ingatkan untuk anda ingat fanpage bisnes yang anda telah komen. Komen yang murni serta positif. Beri sokongan kepada admin fanpage tersebut. InsyaAllah pasti akan ada prospek yang akan tertarik untuk melihat profile anda atau fanpage bisnes anda.

Ada satu tips yang perlu diingatkan bersama, Facebook adalah satu platform sosial media. Namapun sosial kan ! Jadi kita haruslah lebih kepada cara bersosial berbanding menjual semata-mata. Cuma tempat bersosial kita adalah secara maya.

Walaupun ada bezanya cara bersosial secara maya dan secara realiti, tetapi matlamatnya sama iaitu ingin mewujudkan rasa ‘percaya’ dan yakin dengan bisnes yang anda lakukan.

Cuma yang bahayanya bersosial di alam maya ni, jika berlaku kesilapan walaupun kecil, ia akan memberi implikasi yang buruk kepada imej bisnes. Bisnes mudah terjejas. 

Jadi sebagai usahawan, langkah berhati-hati sangat perlu dititik beratkan !

 

3) Gunakan Video

Kebanyakan pakar sosial media menyarankan agar usahawan hari ini perlu mengambil langkah berani untuk menggunakan video di Facebook. Sekarang adalah masa yang sangat sesuai. Saya lihat semakin hari semakin ramai usahawan yang berani menggunakan video sebagai medium pemasaran mereka di Facebook.

Antara tips yang saya ingin kongsikan pada cara ketiga ini ialah anda perlu buat video sebulan sekali secara konsisten. Video tidak semestinya berkaitan produk atau servis bisnes anda. Mungkin anda boleh rancang video pada bulan pertama tentang profile syarikat anda, kemudian bulan kedua tentang tips yang bermanfaat, selepas tu video tentang aktiviti anda bersama rakan kongsi, pekerja dan sebagainya.

Jika anda tiada idea nak buat video di Facebook, mungkin software video VidKala ini boleh membantu anda. Anda cari video yang sedang viral di Facebook kemudian anda generate video terus melalui software ini dalam tempoh 60 saat.

Ia terpulang kepada anda. Sebenarnya terdapat banyak software untuk buat video sekarang ni. Anda hanya perlu pandai memilih software yang mana dapat membantu mempercepatkan proses membuat video.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan software VidKala, anda boleh KLIK SINI !

Ada satu lagi tip bagi cara ketiga ini yang saya ingin kongsikan kepada anda iaitu Facebook Live. Sebenarnya Mark Zuckerberg sangat suka penggunanya menggunakan video live di Facebook. Anda boleh lihat sendiri di newsfeed, FB Group pasti akan naik di atas adalah video live. Sebab apa ? Algorithm Facebook sangat suka Facebook Live.

Apabila kita buat FB Live, akan wujud banyak interaksi, engagement dengan penonton video seperti LIKE dan komen dari penonton yang bakal prospek pelanggan anda. Dengan aktifnya engagement, maka post status video live akan sentiasa naik ke atas. Inilah sebab kenapa Facebook sangat suka video.

Saya pernah melihat sendiri perubahan salah seorang usahawan yang pada mulanya hanya menjadi dropship pada mulanya dan kini menjadi founder produk sendiri. Kehidupan berubah 360 darjah walaupun tak sampai setahun. Dari hanya membuat video live di dapur biasa-biasa sehingga sekarang dapur yang moden. Dari rumah kampung yang biasa-biasa sampai mampu renovate rumah menjadi lebih besar, moden dan lebih selesa.

Begitulah penangan kepada mereka yang  berani membuat video live di Facebook. Mungkin dah rezeki mereka kan tetapi sebagai usahawan kalau tak cuba sekarang, manalah tau kan !

Sekarang adalah masa yang tepat untuk anda mulakan video untuk bisnes anda di Facebook !

 

Kesimpulan

Kejayaan adalah perkara subjektif. Sebagai usahawan kita tidak akan tahu untung nasib bisnes kita akan datang selagi masih tidak hilang semangat juang demi bisnes yang sedang dibangunkan. Apa yang penting, kita berusaha selagi belum capai matlamat yang kita inginkan melalui bisnes.

Mungkin 3 cara unik menggunakan Facebook untuk bisnes ini boleh membantu meningkatkan apa jua bisnes anda. Wallahua’lam. Apa yang penting kita berusaha sebaik mungkin dan seterusnya bertawakal kepada Allah.

Semoga post kali ini memberi manfaat kepada anda. Sekian dulu. Sampai jumpa lagi. InsyaAllah.

 

tip-pemasaran-email

About the author: Azeri

Usahawan online yang suka menulis artikel blog. Mempunyai impian untuk bebas dari kekangan wang dan masa. Blog adalah aset utama penulis untuk menjalankan bisnes. Penulis juga adalah seorang juruterapi rawatan Islam yang terlatih dan berpengalaman. Sekiranya artikel penulis memberi manfaat kepada anda, sila klik butang share. Terima kasih.

Related Posts

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *