Salam hormat para pembaca blog yang budiman sekalian.
Majoriti usahawan baru yang memiliki kurang modal bisnes akan menggunakan teknik pemasaran percuma terlebih dahulu. Facebook adalah salah satu medium pemasaran yang baik JIKA kita tahu manfaatkannya dengan cara yang betul.
Mutakhir ini, Facebook sering mengemaskini algorithm bagi memuaskan kehendak mereka sendiri. Berbanding sebelum ini ketika mula-mula Facebook wujud, engagement dengan rakan dan kenalan cukup tinggi, iklan guna group pun cukup mudah untuk mendapatkan pelanggan dan macam-macam lagi.
Sekarang agak sukar jika kita hanya mempraktikkan promosi secara percuma sahaja di Facebook melainkan anda ada modal untuk Facebook Ads. Syarikat jerung yang besar-besar telah mula nampak keberkesanan mereka melakukan promosi di Facebook. Bagi pandangan saya, Facebook seperti telah sampai ke tahap tepu untuk kita memilih sebagai tempat melakukan pemasaran
Terlalu Banyak Iklan FB Ads
Facebook semakin lama semakin kejam apabila posisi iklan berbayar ataupun ‘Sponsored’ kini berada di mana sahaja kita berada. Mungkin Facebook bakal masuk ke tahap tepu seperti mana berlaku kepada Friendster, MySpace, Tagged, dan macam-macam lagi.
Syarikat-syarikat ‘jerung’ sekarang bolehlah kaut untuk besar dengan kos iklan yang murah bagi mereka. Jika bilis macam saya ni, terpaksalah mencari alternatif lain untuk melakukan pemasaran.
WeChat Satu Pilihan Alternatif Pemasaran
Sebagai usahawan online, mempelbagaikan teknik pemasaran adalah salah satu cara untuk meningkatkan keuntungan bisnes. Walaupun pada hakikatnya apabila menggunakan cara berbayar di Google, Facebook, YouTube dan sebagainya mampu memberi keuntungan berganda, namun platform percuma seperti WeChat jangan kita pandang sebelah mata.
Kita lihat beberapa kelebihan yang anda pada WeChat.
- Pengguna WeChat telah melebihi 900 juta orang pada tahun 2017
- Golongan pengguna WeChat terbesar bukanlah budak-budak sekolah, tetapi adalah mereka yang berumur diantara 25 ~ 34 tahun.
- WeChat merupakan ‘Lubuk Duit’ yang masih ramai belum tahu sebenarnya.
- Percuma sahaja
- 99% engagement setiap post anda di WeChat. Hampir semua kenalan akan nampak status anda.
Fakta di atas hanyalah beberapa kelebihan WeChat yang saya tahu buat masa ini.
22 Fungsi Terbaik WeChat (Video)
Apabila saya cuba selidik kelebihan WeChat ni, sebenarnya banyak sangat fungsinya. Apa yang paling saya kelakar, anda boleh mula berchattng dengan kawan anda yang ada applikasi WeChat, dengan hanya menggongcang handphone dengan kawan anda secara serentak sahaja.
WeChat juga boleh dijadikan sebagai medium bayaran untuk pembelian barangan dan banyak lagi yang kadang-kadang buat saya terfikir “Aihhh..macam ni pun ada !!!“
Kalau anda nak tahu 22 kelebihan WeChat yang anda patut tahu, ia telah diterangkan oleh ‘Minah’ salleh di bawah ni.
Pasti anda teruja melihat kelebihan yang ada pada WeChat. Sila tonton video di bawah ini sekarang !
Sekian dulu perkongsian saya pada kali ini. Semoga post ini memberi anda cetusan idea untuk mengkaji kelebihan applikasi ini dan seterusnya mengubah platform pemasaran anda menggunakan WeChat. Terima kasih.