Tambah Kemahiran Mempromosi Mengikut Peredaran Zaman Menggunakan Teknik Legend di Sistem Jualan Pro

Salam hormat kepada pembaca blog rasmi saya ini. Jika anda seorang peniaga secara online dan menghadapi masalah sukar menghasilkan jualan yang menguntungkan, mungkin apa yang saya kongsikan ini bakal membantu anda.

Berniaga secara online ni bukanlah semudah yang disangka. Tetapi kalau kita tahu caranya, insyaAllah pasti yang sukar menjadi mudah.

Apa yang penting adalah apakah matlamat kita melakukan bisnes online di internet.


3 Persediaan WAJIB Bisnes Online

Sebelum saya melangkah lebih jauh, izinkan saya berkongsi kepada anda tentang persediaan bisnes yang WAJIB ada sebelum melakukan bisnes online. Saya terangkan serba ringkas sahaja.

  1. Produk

    Nak berniaga kita perlu ada produk. Kita boleh menjual produk sendiri atau produk orang lain.

    Dropship adalah satu pilihan yang baik untuk usahawan yang baru memulakan bisnes.

  2. Platform

    Kita perlu menetukan lubuk untuk kita melakukan bisnes. Pilih tempat untuk bisnes yang ramai orang berkumpul. Platform paling popular di Malaysia khususnya adalah di Facebook.

    Terdapat pelbagai platform lain seperti forum, instagram dan lain-lain.

  3. Promosi

    Aktiviti pemasaran sangat penting untuk bisnes apa jua pun. Cuba lihat cara ceti haram (ah long) buat promosi. Mereka edarkan kad, pamplet ke merata-rata tempat.

    Pemasaran adalah aktiviti terpenting dalam bisnes. Kuasai ilmu pemasaran sebaik-baiknya dan kembangkan bisnes dan praktikkan semua ilmu yang ada.

Konsep di atas yang saya gelarkan konsep 3P ini, kalau kita faham kita akan fokus buat untuk apa sahaja bisnes yang anda lakukan.

Sistem Jualan Pro 4.0

Inilah yang saya nak kongsikan kepada anda. Salah satu sistem untuk anda jana pendapatan pasif melalui satu platform yang dinamakan Sistem Jualan Pro 4.0 (SJP4.0).

Kenapa ada nombor 4.0 ?

Sistem terkini serta terbaru yang telah dinaik taraf oleh pengasas sistem ini iaitu Tuan Rahman Basri. Anda bakal dibantu dengan sistem jualan secara automatik di mana anda tak perlu buat apa-apa melainkan sebarkan link affiliate anda.

Semua kerja pemasaran hanya sistem SJP4.0 yang akan buat. Anda bayangkan betapa senang nak jana pendapatan dari sistem ini.

Bagaimana Sistem Jualan Pro 4.0 Membantu Jualan ?

Sistem ini buat kerja promosi mengikut langkah-langkah seperti proses aliran di bawah ini.

  1. Tugas anda hanya perlu promosi link affiliate anda sendiri (jangan sampai promot link orang lain pulak…rugi nanti). Anda promosi sahaja di mana-mana platform di akaun sosial media anda. Teknik nak iklan pun diajar kelak. Anda tak perlu risau.

  2. Kemudian mereka akan daftar maklumat seperti NAMA dan EMAIL untuk sistem ini hubungi mereka. Objektif pada langkah ini adalah untuk kumpul database. Lagi ramai yang daftar melalui link affiliate anda, lagi banyak potensi komisen yang anda akan hasilkan.

  3. Sistem ini akan follow up prospek yang telah mendaftar di bawah link affiliate anda. Anda tak perlu fikirkan macam mana sistem ini follow up. Semuanya akan dilakukan oleh Sistem Jualan Pro 4.0 (SJP4.0)

  4. Jualan Produk secara senyap berlaku pada langkah ini. Anda hanya menunggu komisen masuk ke dalam bank akaun anda. InsyaAllah.

Anda nampak tak…. betapa mudah kerja yang anda perlu lakukan untuk menjana pendapatan di internet. Anda hanya perlu buat jer. Kongsikan link affiliate anda kepada rakan dan kenalan anda dan terus jana pendapatan.

Sistem 2 tier – Inilah yang menarik dalam Sistem Jualan Pro terbaru ini. Anda layak menjana komisen dari mereka yang sertai SJP4.0 di level bawah anda. Jika mereka berjaya mendapatkan hasil jualan, anda turut dapat komisen. Menarik kan !

Jika anda yang biasa dengan MultiLevel marketing anda faham sangat dengan Sistem 2 tier ni. Tetapi ingin saya tekankan Sistem SJP4.0 bukanlah bisnes multilevel marketing. Anda BUKAN duduk diam dan makan komisen orang bawah sahaja. Anda perlu juga buat kerja jika ingin menjana pendapatan pasif.

Testimoni Sistem Jualan Pro 4.0

Takkan saya cerita kosong kan. Bagi membuktikan bahawa SJP4.0 sebenarnya boleh bantu anda menjana pendapatan secara sampingan. Zaman sekarang ini…ekonomi semakin mencabar. Kalau tak buat persediaan untuk ‘back up plan’ susah juga. Jadi inilah salah satu peluang yang saya sangat syorkan anda sertai buat masa ini.

Bagi meyakinkan anda, berikut adalah beberapa testimoni dari website SJP4.0. Ada banyak lagi sebenarnya. Cukuplah saya kongsikan 3 testimoni ini sahaja.

Kesimpulan

Bagi saya Sistem Jualan Pro 4.0 merupakan platform untuk anda BELAJAR dan JANA (Learn & Earn) pendapatan pasif yang telah dikemaskini mengikut peredaran zaman. Malah sistem ini adalah antara sistem terbaik untuk anda menjana pendapatan sampingan secara online walaupun hanya duduk di rumah.

Pengalaman saya yang pernah belajar dari usahawan internet antarabangsa juga sebenarnya menggunakan teknik pemasaran yang sama seperti mana Tuan Rahman Basri lakukan. Ini bermakna teknik pemasaran dalam Sistem Jualan Pro 4.0 ini adalah ‘PROVEN’ method.

Jika anda berminat dan ingin tahu secara lanjut tentang peluang dalam sistem ini, sila layari JUALANPRO.NET sekarang !

5 Kelebihan Pemasaran Facebook Untuk Usahawan Kecil dan Besar

Facebook sentiasa memperbaiki dan meningkatkan servis mereka mengikut kehendak semasa.

Walaupun Facebook pada asalnya wujud hanyalah untuk bersosial secara maya hanya di peringkat universiti, namun kini Facebook menjadi satu platform utama untuk usahawan kecil dan besar melakukan pemasaran bisnes mereka.

Sebagai usahawan anda harus mengambil tahu sedikit sebanyak tentang apakah ‘update’ terkini yang Facebook sedang lakukan.

Jika anda masih tercari-cari jawapan adakah benar pemasaran Facebook memberi implikasi yang sangat efektif kepada usahawan kecil dan besar pada zaman kini.

Maka izinkan saya berkongsi kepada anda 5 kelebihan pemasaran Facebook bagi usahawan di bawah ini.

5 Kelebihan Pemasaran Facebook Untuk Usahawan Kecil dan Besar

1) Menjimatkan Kos Pemasaran

Perniagaan dan pemasaran tidak dapat dipisahkan. Perniagaan yang hebat hadir dari pemasaran yang hebat. Pemasaran yang hebat tidak semestinya memerlukan kos pemasaran yang mahal.

Anda boleh memilih untuk melaburkan kos pemasaran menggunakan iklan radio, iklan tv, iklan surat khabar dan seumpamanya, namun pengiklanan di Facebook lebih mendapat penjimatan berganda dari pengiklanan konvensional.

Anda jangan hairan jika terdapat usahawan di kawasan persekitaran rumah anda menggunakan iklan di Facebook untuk mempromosi bisnes mereka. Ia sentiasa melewati di newsfeed Facebook anda.

Bukan sahaja bisnes kecil menggunakan FB, malah pemilik bisnes besar juga menggunakan FB untuk aktiviti pemasaran sehingga ada satu pasukan khas untuk membuat pemasaran mereka di Facebook.

2) Kongsi Gambar & Video Bisnes Anda

Melalui Facebook anda boleh berkongsi gambar dan video bisnes anda di Fan Page. Kedua-dua medium ini sangat efektif dan pantas untuk membina jenama bisnes anda.

Sebagai contoh untuk bisnes pelancongan ” Travel and Tourism” yang berkongsi gambar tempat-tempat pelancongan yang cantik-cantik di Fan Page mereka, maka ia potensi untuk mendapat LIKE dan SHARE yang banyak dari prospek di FB.

Maka di situ viral akan mudah berlaku dan jenama bisnes anda akan mudah dikenali.

Anda juga boleh buat video untuk menerangkan promosi-promosi terbaru produk atau servis bisnes anda di Facebook.

3) Mudah Berhubung Dengan Prospek Yang Berpotensi Menjadi Pelanggan Anda

Facebook telah menyediakan satu tool untuk berhubung secara terus dengan prospek yang berminat dengan produk dan servis anda.

FB Messenger sebagai contoh adalah salah satu tool yang berkesan untuk berhubung secara chatting, voice call dan video call dengan prospek yang berpotensi menjadi pelanggan anda.

Tool ini disediakan secara percuma kepada sesiapa sahaja pengguna yang berdaftar di Facebook.

Begitu juga anda boleh berhubung dengan prospek anda melalui posting yang anda lakukan dengan melakukan CTA (Call To Action) untuk mereka komen jika berminat.

4) Tingkatkan Trafik Website Bisnes Anda

Usaha meningkat trafik website adalah sangat perlu bagi anda yang memiliki website bisnes. Bagi saya website tanpa trafik umpama kubur yang tiada penyinggahnya.

Sebenarnya Facebook berpotensi membantu meningkat trafik website anda jika kena pada tekniknya.

Anda hanya perlu fokus kepada ayat copywriting yang boleh meningkatkan engagement pada setiap status di Fan Page bisnes anda. Setiap engagement yang berkesan boleh membantu jumlah klik link ke website bertambah dan trafik juga anda bertambah.

5) Pengiklanan Yang Targetted

Di Facebook anda boleh membuat iklan yang targetted kepada prospek tertentu yang anda inginkan.

Anda boleh sasarkan prospek pilihan yang bagaimana yang anda mahukan dari segi umur, jantina, minat, tempat tinggal. negara mana dan sebagainya

Sebagai contoh, jika anda mengambil servis iklan berbayar FB Ads, mereka menyediakan data yang lebih tepat dan terperinci. Tidak mungkin prospek berumur 30 tahun akan melihat iklan anda jika anda telah sasarkan prospek berumur dari 20 sehingga 29 tahun.

Tidak mungkin mereka yang minat dengan makanan akan nampak iklan permotoran dan seumpamanya.

Kesimpulan

Walaupun artikel yang saya kongsikan di atas semua berkaitan kelebihan pemasaran Facebook untuk usahawan kecil dan besar malah ada juga kelemahannya tersendiri.

Apa yang penting di sini, anda sebagai usahawan, perlu memilih Facebook sebagai medium pemasaran untuk memperkenalkan bisnes dan lakukan pemasaran di sana secara bijaksana.

Semoga artikel blog saya kali ini dapat membantu anda kelak. Terima kasih kerana sudi singgah. Semoga berjumpa kembali yer.

Sila SHARE post ini jika memberi manfaat kepada anda !