Dah Buat Persiapan Puasa dan Raya ?

Waahhhhh…..Azeri ni, puasa pun belum sampai dah bincang pasal raya. Ehemmm…

Maaf yer, bukan apa. Saya sengaja nak bangkitkan semangat untuk beribadah pada bulan Ramadhan nanti. 


Ketika post ini ditulis, tarikh kalau ikut kalendar Islam, hari ini 17 Sya’aban 1440H. Ini bermakna kurang lebih 13 hari lagi kita bakal bertemu bulan Ramadhan. Bulan di mana kita sebagai umat Islam sepatutnya nanti-nantikan. Bulan yang penuh barakah. Tawaran berganda Allah berikan kepada hamba-Nya yang beriman bagi setiap satu amal ibadah. MasyaAllah.


Sampaikah umur kita bertemu Ramadhan ? Wallahua’lam.


Rasulullah ada ajarkan doa agar kita sentiasa mohon kepada Allah supaya bertemu bulan Ramadhan. Doanya seperti ini… “Allahumma Bariqlana Fi Sya’aban Waballighna Ramadhan” – Maksudnya : “Ya Allah Engkau Berkatilah Kami di Bulan Sya’aban sehingga Ramadhan.”


Ajal dan maut dengan izin Allah. Semoga Allah memberi kesempatan kita dan anda yang sedang membaca post ini agar sampai bertemu bulan Ramadhan. InsyaaAllah. Aaminn.

Apakah Persiapan Kita SEBELUM Bertemu Ramadhan ?

Saya kongsikan beberapa tip persiapan yang perlu kita lakukan sebelum kita bertemu Ramadhan. Antaranya…

  • JAGA KESIHATAN – Sebelum menempuh bulan Ramadhan Al-Mubarak, pastikan kita menjaga kesihatan tubuh badan. Banyakkan riadah dan mula menjada diet pemakanan yang seimbang. Adalah lebih baik kita mulakan hidup kita dengan mengamalkan pemakanan sunnah seperti madu, habbatussauda’, kurma, susu kambing dan sebagainya. Yang paling penting agar kita dapat stamina untuk beribadah solat Tarawikh sepanjang bulan Ramadhan.

  • FAHAMI HUKUM HAKAM – Bermula dari sekarang kita ambil tahu tentang sah dan batalnya puasa yang akan kita lakukan kelak (insyaAllah), agar amalan puasa kita bukan amalan yang sia-sia.

  • AMBIL TAHU AMALAN SUNAT LAIN – Mengambil tahu amalan-amalan sunat yang sangat digalakkan ketika berpuasa seperti membaca al-quran, bersedekah dan membantu golongan yang susah. Di samping itu hendaklah juga mengetahui fatwa-fatwa berkaitan dengan permasalahan semasa yang berkaitan dengan puasa.

  • TANAM AZAM – Menanam azam dari sekarang dengan penuh rasa ikhlas untuk mencari redho Allah. Lebih kerap solat jemaah di masjid setiap masuk waktu solat dan mengharapkan pengampunan Allah tentang dosa-dosa kita.

  • ALLAHUMMA BALIGHNA RAMADHAN – Sentiasa berdoakan “Allahumma bariklana fi Sya’ban waballighna Ramadhan” Ya Allah, berkahilah kami di bulan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke Ramadhan” setiap selepas solat fardhu.

  • BANGUN MALAM – Biasakan diri bangun malam untuk berqiamullail (beberapa kali seminggu) agar kita terbiasa untuk bangun ketika Ramadhan kelak. InsyaAllah.

  • JAGA LIDAH – Bermula dari sekarang menjaga lidah dari berkata dengan perkataan yang sia-sia seperti mengumpat dan mengeji. Seeloknya belajar mendiamkan diri dan mula bercakap tentang perkara yang BUKAN sia-sia. Kita harus ingat, lagi banyak kita bercakap sebenar nya lagi banyak kesilapan yang kita lakukan.

  • INGATKAN AHLI KELUARGA DAN SAHABAT – Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan menyambut Ramadhan.

Bagaimana Persiapan Untuk Perayaan Pula ?

Alamak ! Sebab saya dah tertulis tajuk di atas tu jadi rasa belum masanya untuk saya post untuk persiapan raya.

Sebut mengenai raya, semua orang tahu dan ingat. Itulah momen yang selalu diingati sejak dari zaman kanak-kanak sehingga dewasa kini. Saat paling bahagia ketika zaman kanak-kanaklah. Apa lagi, kalau bukan duit raya. Pasti anda tersenyum kan !


Apabila telah jadi ketua keluarga terutamanya lelaki, banyak persiapan raya yang perlu disediakan terutamanya dari segi kewangan. Masa nilah banyak lelaki berusaha untuk mencari duit tambahan demi kebahagian keluarga. Termasuk juga para isteri. Banyak keperluan dan keinginan yang perlu disediakan pada musim perayaan nanti.


Bagi mereka yang tiada masalah kewangan, mungkin mereka telah bersedia untuk perayaan nanti. Bagaimana pula bagi mereka yang tiada langsung idea untuk menambah pendapatan musim perayaan akan datang.


Di sini saya cuma ingin memberi idea ataupun satu cadangan tentang satu panduan yang cukup istimewa tentang bagaimana mencari duit raya tahun ni. Saya tak pasti panduan ini sesuai untuk anda ataupun tidak. Anda boleh lihat – DI SINI !

Kesimpulan

Sebagai peringatan bersama, saya ingin berpesan kepada diri saya sendiri dan anda, seandainya kita dijodohkan untuk bertemu Ramadhan tahun ini, tolong janganlah sia-siakan peluang yang Allah berikan kelak. InsyaAllah. Kita tak tahu, adakah tahun depan kita masih dipertemukan lagi bulan Ramadhan. Seandainya masih diberikan modal usia kepada kita bertemu Ramadhan, lakukanlah amal ibadah yang terbaik dengan penuh rasa ikhlas kerana Allah. InsyaAllah.


Sampai sini dulu perkongsian saya. Semoga bermanfaat kepada anda. Saya juga berharap rakan-rakan FB telah bersedia dari sudut rohani dan jasmani untuk menempuh bulan Ramadhan Al-Mubarak kelak. InsyaAllah. Aamin.


Semoga berjumpa lagi untuk post seterusnya.


Sekian. Wasallam.

Review Video Case Study 10K – Ticer Faz (Edisi Raya)

Assalamualaikum rakan pembaca sekalian. Terima kasih kerana sudi membaca blog saya ni. Perkongsian saya pada kali ini adalah tentang satu produk yang saya telah milikinya untuk projek hari raya tahun ini iaitu Video Case Study 10K – Edisi Raya yang dihasilkan dari air tangan Ticer Faz.

Produk ini adalah merupakan pengalaman sendiri Ticer Faz menghasilkan jualan RM10,000 pada musim Ramadhan tahun lepas untuk tujuan mengumpul duit raya di mana ketika waktu itu baki duit dalam akaun bank beliau hanya tinggal RM200 sahaja ketika itu. Itulah asbab tercetusnya produk panduan ini.

 

Walk The Talk

Produk ini bukan biasa-biasa untuk dikongsikan sebenarnya. Panduan ini adalah rahsia yang disimpan oleh beliau hasil dari pengalaman Ticer Faz sendiri. 

Keunikan yang ada dalam produk ini adalah dari segi teknik menjana pendapatan secara online yang telah terhasil daripada “try dan error” dan kaedah jualan yang ditunjukkan adalah lain daripada yang lain.

Mungkin dalam minda anda berkata, “Ye tak yer ke ni !

Buat pengetahuan anda, saya pernah kongsikan secara detail tentang produk ini pada post yang lepas bertajuk Nak Kumpul Duit Raya Gaya Ticer Faz ?

 

 

3 Sebab Kenapa Anda Perlu Dapatkan Video Case Study 10K ini

  1. Tutorial Secara VIDEO – Anda akan diberi satu access link istimewa sekiranya anda membeli produk ini. Link itu akan membawa anda ke satu laman web video tutorial. Terdapat lebih 15 siri video dan akan dikemaskini secara istimewa untuk pembeli. Anda boleh ulang tayang untuk anda lebih faham dan praktik ilmu dalam panduan ini. Satu pelaburan yang berbaloi kelak !

  2. Teknik Pemasaran PERCUMA – Anda akan diajar cara melakukan pemasaran menggunakan kaedah percuma sahaja. Ini yang best sebenarnya. Bagi anda yang tiada modal permulaan untuk berniaga, panduan ini sangat membantu. Anda TIDAK PERLU sediakan produk. Semua akan diajar kelak.

  3. Update PERCUMA – Semestinya pelaburan anda kali ini lebih berbaloi. Anda tak perlu risau tentang teknik promosi produk yang mungkin ‘out to date’. Ticer Faz akan mengemas kini video tutorial untuk teknik promosi terbaru yang beliau praktikkan terlebih dahulu dan terbukti berkesan. Ini jaminan beliau.

 

Sebenarnya ada lagi beberapa kelebihan yang saya nak kongsikan dalam blog ini. Tapi disebabkan saya juga baru memiliki produk beliau dan ingin mula praktikkan ilmu beliau, saya rasa cukup setakat ini dulu perkongsian saya. Sekiranya panduan Video Case Study 10K ini membantu anda, sila kongsikan kepada rakan anda.

Andai dalam hati anda mempunyai rasa berminat untuk mendapatkan produk ini, sila dapatkan – DI SINI !

Sekian dulu. Jumpa lagi pada post yang lain. InsyaAllah.

 

Nak Kumpul Duit Raya Gaya Ticer Faz ?

Pernah tak anda terfikir nak tambah duit belanja untuk hari raya nanti ? Macam-macam persediaan perlu dilakukan. Kalau harapkan gaji semata-mata memang susah sikit. Tambah lagi zaman sekarang ni, kos sara hidup semakin mahal. Mana nak layan kehendak anak, kehendak isteri, duit belanja untuk ibu dan ayah lagi. Macam-macam bermain dikepala.

Ketika saya menulis post ni, tarikh hari ini bersamaan 8 Syaaban 1440H bersamaan 14 April 2019. Ini bermakna hanya berbaki 22 hari lagi bakal bertemu bulan Ramadhan. InsyaaAllah.

Jika anda tercari-cari tip atau cara untuk tambah pendapatan secara online bagi persediaan raya nanti, saya ingin cadangkan anda dapatkan Case Study 10K – Edisi Raya daripada air tangan Ticer Faz.

 

 

Apa Kelebihan Case Study 10K Ni ?

Secara praktikalnya boleh saya katakan gaya Ticer Faz memperolehi RM10,000 untuk kumpul duit raya sangat unik. Saya telahpun membeli panduan beliau dan saya rasa tak patut kalau saya tak kongsikan peluang ini kepada anda.

Ada beberapa point penting tentang kelebihan Case Study 10K Edisi Raya ni sebenarnya. Biarlah saya kongsi beberapa kelebihan yang boleh saya nukilkan di blog rasmi saya ni. 

Kelebihan pertama yang ingin saya kongsikan ialah dari segi kerja teknikal pemasaran. Nampaknya beliau mempunyai gaya tersendiri menjual produk di sosial media.

Segala susah payah yang  beliau lalui telah dipermudahkan dari hasil try and error beliau sendiri. Ticer Faz telah menjumpai formula mudah untuk menjana duit raya. Secara mudahnya boleh saya katakan, anda hanya perlu ikut sahaja panduan yang dikongsikan beliau dalam case study tersebut.

 

 

Testimoni Case Study 10k – EDISI RAYA

Tak mungkin berkesan formula Ticer Faz seandainya orang lain TAK BOLEH nak tiru cara beliau. Kalau formula Ticer Faz tidak berkesan mana mungkin ada studen beliau boleh menjana pendapatan duit raya lebih dari beliau seperti gambar testimoni di bawah ini.

Ada banyak lagi testimoni sebenarnya, cukuplah saya kongsikan satu jer dulu. Nanti kalau rajin saya kongsikan pada post yang lain. Tapi kalau anda nak tengok testimoni lain, anda boleh lihat di website Case Study 10K – Edisi RayaDI SINI !

 

 

Tawaran TERHAD Pra-Ramadhan

Ketika saya menulis post ni, Ticer Faz sedang melancarkan tawaran terhad sempena Pra-Ramadhan untuk anda yang serius ingin kumpul duit raya tahun ini. Al-maklumlah sekarang zaman gawat. Seperti saya telah maklumkan pada perenggan di atas, teknik beliau ini bukan semata-mata berkesan bagi jualan untuk kumpul duit raya sahaja. Teknik beliau ini boleh dipraktikkan pada bila-bila masa sahaja. Anda boleh implimen cara beliau sekiranya anda ingin tambah pendapatan anda.

Dengar cerita beliau akan tetapkan harga sebanyak RM100 secara rasmi kelak. Tetapi sekarang beliau membuat tawaran harga diskaun sebanyak RM30 ketika saya menulis post ini….WOWwwww (sangat berbaloi). Ini bermakna anda hanya perlu membelinya pada harga RM70 sahaja. Sangat berbaloi !

Hanya pada modal RM70 saya rasa sangat berbaloi untuk anda laburkan untuk mengorek rahsia Ticer Faz mengumpul duit raya RM10,000 tahun lepas 2018.

Anda boleh dapatkan sekarang, sementara harga panduan Case Study 10K – Edisi Raya ini masih rendah – KAT SINI !

 

 

Apa Isi Kandungan Dalam Case Study 10K ?

Setelah anda berjaya dapatkan panduan ini, anda akan diberi access terus ke laman tutorial secara video kelak. Penerangan Ticer Faz sangat sempoi dan anda akan membongkar rahsia beliau menjana duit raya kelak.

Gambar di bawah ini adalah contoh laman video tu.

 

Terdapat 6 topik utama dan yang bagusnya bertapa berbaloinya pelaburan anda kelak, anda akan mendapat BONUS tutorial video untuk  beberapa topik tambahan TANPA perlu bayar kos lain.

 

Alhamdulillah saya telah pun mendapatkan panduan ini dan saya juga sedang korek rahsia Ticer Faz ini menjana 10K untuk kumpul duit raya  edisi raya ini. 

Kalau anda benar-benar ingin memberi lebih sedikit kebahagian kepada keluarga anda seperti beri duit belanja lebih kepada ibu ayah terutamanya, mugkin panduan ini akan membantu anda kelak. InsyaAllah.

 

 

Kesimpulan

Sebagai rumusan akhir artikel blog post saya pada kali ini, saya sarankan kepada anda agar carilah peluang untuk anda menjana pendapatan online walau dengan apa cara sekali pun. Kalau anda tak mulakan sekarang, bila lagi anda ingin mula.

Melalui panduan Case Study 10K – Edisi Raya ini, insyaAllah anda boleh kumpulkan duit raya raya tahun ini, anda boleh senyum lebar dan bergembira selalu kelak. Pokok pangkalnya, anda mahu berubah atau tidak. 

Sehebat mana pun panduan ini jika tidak serius serta berusaha untuk fokus menjana pendapatan online terutama bagi anda yang ingin mengumpul duit raya tahun ini, percayalah tiada apa-apa panduan boleh mengubah nasib kita melainkan kita sendiri mengubahnya.

Oklah….sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Video Case Study 10K – Edisi Raya dari air tangan Ticer Faz ini, anda boleh dapatkan – DI SINI !