3 Cara Unik Menggunakan Facebook Untuk Bisnes

3-cara-unik-bisnes-di-facebook

3-cara-unik-bisnes-di-facebook

Kewujudan Facebook merupakan satu alternatif untuk anda membina jenama bisnes anda sendiri. Sebagai usahawan anda perlu menggunakan media sosial ini sebagai platform paling ampuh masa kini untuk membuat prospek untuk mengenali jenama bisnes anda.

Sekiranya anda belum ada pelanggan, di Facebook merupakan salah satu medium paling ampuh untuk menaikkan lagi kredibiliti jenama bisnes anda.

Tidaklah salah untuk saya berkongsi kepada anda tentang 3 cara unik menggunakan Facebook sebagai bisnes anda. 

Apabila saya katakan unik, sekiranya anda melakukannya insyaAllah ia membantu mempercepatkan bisnes anda dikenali ramai orang.

Berikut adalah 3 cara yang saya maksudkan.

 

3 Cara Unik Menggunakan Facebook Untuk Bisnes

 

1) Link kan Personal Profile dengan Fanpage Bisnes Anda

Facebook Profile perlu digunakan dengan sebaiknya. Adalah sebaiknya cuba elakkan dari salah guna profile anda untuk membuat status hard selling. Sekiranya terlalu direct menjual sedikit sebanyak boleh menjatuhkan kredibiliti anda. 

Ini bukan bermakna tak boleh menjual langsung di Facebook Profile. Dicadangkan agar anda lebihkan berkongsi tentang aktiviti kehidupan anda, motivasi,  kongsi tip dan apa jua perkara yang lain dari bisnes anda sendiri. Sekiranya anda ingin berkongsi tentang bisnes pun biarlah dari topik luar tetapi ia ada kene mengena dengan bisnes anda.

Itu sedikit tip berkenaan Facebook Profile tetapi bagaimana cara untuk link kan personal profile dengan fanpage bisnes ?

Berikut saya berikan langkah demi langkah caranya yang saya lakukan pada Facebook Profile saya. Saya anggap anda telah memiliki Fanpage Bisnes anda sendiri.

 

Langkah 1 : Klik butang ‘About’

 

Langkah 2 : Klik butang ‘Work and Education’

 

Langkah 3 : Klik butang ‘Add a workplace’ 

 

Langkah 4 : Masukkan Company dengan memilih ‘Nama Fanpage’ anda dan Tekan butang SAVE

 

Langkah 5 : Selesai. Ini contoh dari Facebook Profile saya

Setelah selesai anda dapat lihat profil anda akan tertera Fanpage Bisnes anda di Facebook Profile anda. Apabila terdapat prospek melihat profile anda, mereka akan nampak Fanpage anda. Maka ia akan meyakinkan diri mereka untuk mula berurusan dengan anda.

 

2) Kerap Komen di Fanpage Yang Popular

Anda LIKE fanpage yang popular dan ramai pengikut. Cari Fanpage yang berkaitan dengan bisnes anda. Sebagai contoh mungkin bisnes niche anda dalam bidang masakan. Anda cari fanpage chef yang terkenal dan like fanpage mereka. Kemudian komen setiap post mereka. 

Harus saya ingatkan untuk anda ingat fanpage bisnes yang anda telah komen. Komen yang murni serta positif. Beri sokongan kepada admin fanpage tersebut. InsyaAllah pasti akan ada prospek yang akan tertarik untuk melihat profile anda atau fanpage bisnes anda.

Ada satu tips yang perlu diingatkan bersama, Facebook adalah satu platform sosial media. Namapun sosial kan ! Jadi kita haruslah lebih kepada cara bersosial berbanding menjual semata-mata. Cuma tempat bersosial kita adalah secara maya.

Walaupun ada bezanya cara bersosial secara maya dan secara realiti, tetapi matlamatnya sama iaitu ingin mewujudkan rasa ‘percaya’ dan yakin dengan bisnes yang anda lakukan.

Cuma yang bahayanya bersosial di alam maya ni, jika berlaku kesilapan walaupun kecil, ia akan memberi implikasi yang buruk kepada imej bisnes. Bisnes mudah terjejas. 

Jadi sebagai usahawan, langkah berhati-hati sangat perlu dititik beratkan !

 

3) Gunakan Video

Kebanyakan pakar sosial media menyarankan agar usahawan hari ini perlu mengambil langkah berani untuk menggunakan video di Facebook. Sekarang adalah masa yang sangat sesuai. Saya lihat semakin hari semakin ramai usahawan yang berani menggunakan video sebagai medium pemasaran mereka di Facebook.

Antara tips yang saya ingin kongsikan pada cara ketiga ini ialah anda perlu buat video sebulan sekali secara konsisten. Video tidak semestinya berkaitan produk atau servis bisnes anda. Mungkin anda boleh rancang video pada bulan pertama tentang profile syarikat anda, kemudian bulan kedua tentang tips yang bermanfaat, selepas tu video tentang aktiviti anda bersama rakan kongsi, pekerja dan sebagainya.

Jika anda tiada idea nak buat video di Facebook, mungkin software video VidKala ini boleh membantu anda. Anda cari video yang sedang viral di Facebook kemudian anda generate video terus melalui software ini dalam tempoh 60 saat.

Ia terpulang kepada anda. Sebenarnya terdapat banyak software untuk buat video sekarang ni. Anda hanya perlu pandai memilih software yang mana dapat membantu mempercepatkan proses membuat video.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan software VidKala, anda boleh KLIK SINI !

Ada satu lagi tip bagi cara ketiga ini yang saya ingin kongsikan kepada anda iaitu Facebook Live. Sebenarnya Mark Zuckerberg sangat suka penggunanya menggunakan video live di Facebook. Anda boleh lihat sendiri di newsfeed, FB Group pasti akan naik di atas adalah video live. Sebab apa ? Algorithm Facebook sangat suka Facebook Live.

Apabila kita buat FB Live, akan wujud banyak interaksi, engagement dengan penonton video seperti LIKE dan komen dari penonton yang bakal prospek pelanggan anda. Dengan aktifnya engagement, maka post status video live akan sentiasa naik ke atas. Inilah sebab kenapa Facebook sangat suka video.

Saya pernah melihat sendiri perubahan salah seorang usahawan yang pada mulanya hanya menjadi dropship pada mulanya dan kini menjadi founder produk sendiri. Kehidupan berubah 360 darjah walaupun tak sampai setahun. Dari hanya membuat video live di dapur biasa-biasa sehingga sekarang dapur yang moden. Dari rumah kampung yang biasa-biasa sampai mampu renovate rumah menjadi lebih besar, moden dan lebih selesa.

Begitulah penangan kepada mereka yang  berani membuat video live di Facebook. Mungkin dah rezeki mereka kan tetapi sebagai usahawan kalau tak cuba sekarang, manalah tau kan !

Sekarang adalah masa yang tepat untuk anda mulakan video untuk bisnes anda di Facebook !

 

Kesimpulan

Kejayaan adalah perkara subjektif. Sebagai usahawan kita tidak akan tahu untung nasib bisnes kita akan datang selagi masih tidak hilang semangat juang demi bisnes yang sedang dibangunkan. Apa yang penting, kita berusaha selagi belum capai matlamat yang kita inginkan melalui bisnes.

Mungkin 3 cara unik menggunakan Facebook untuk bisnes ini boleh membantu meningkatkan apa jua bisnes anda. Wallahua’lam. Apa yang penting kita berusaha sebaik mungkin dan seterusnya bertawakal kepada Allah.

Semoga post kali ini memberi manfaat kepada anda. Sekian dulu. Sampai jumpa lagi. InsyaAllah.

 

tip-pemasaran-email

4 Tip POWER Strategi Instagram Kalau Anda Amalkan

logo-instagram

logo-instagram

Nak Tahu Cara Kembangkan Bisnes Guna Instagram ?

Instagram merupakan salah satu teknik pemasaran percuma buat masa ini. Ramai mula beralih kepada sosial media Instagram.

Anda rugi kalau TIDAK menggunakannya.

Dikesempatan ini saya kongsikan 4 Tip Strategi Instagram Yang Berjaya dan ia adalah langkah asas bagi usahawan memasarkan bisnes melalui Instagram,

 

1) Bina Strategi Kreatif Anda Dahulu

Pastikan anda mempunyai idea yang baik untuk ditawarkan. Berikan sesuatu yang berbeza kepada follower anda selain di Facebook dan Twitter. Tunjukkan secara latar apa yang anda lakukan dalam bisnes anda. Sebagai contoh tunjukkan lokasi bisnes anda dan aktiviti sekeliling anda.


2) Gunakan Hashtag # Secara Berkesan

Fungsi hashtag sangat berkesan digunakan untuk mengumpul semua konten tag yang sama dalam satu tempat. Hashtag yang menarik berpotensi menarik pengguna Instagram melihat gambar yang anda kongsikan. Gunakan sebaik-baiknya !


3) Rancang Berapa Kerap Anda Ingin Kongsikan Gambar

Anda TAK PERLU kongsikan setiap hari. Rancang untuk bilakah masa anda perlu post. Seeloknya pada jarak yang anda boleh recall post lama anda. Praktikan engagement dengan pengguna lain ! Sentiasa respon dengan menjawab soalan dan ucapkan terima kasih sebagai penghargaan.


4) Beri Perhatian Kepada Follower Anda

Jika mereka follow anda, anda juga harus follow mereka balik.
Berikan tanda HATI (suka) untuk gambar menarik yang mereka kongsikan. Minta follower anda untuk kongsikan gambar dan page anda. Bina engagement yang positif. Galakkan mereka gunakan hashtag anda atau tag instagram anda apabila mereka post gambar.

Sampai di sini dulu perkongsian saya untuk anda yang bergelar usahawan.

Bagi memudahkan kefahaman anda, sila tonton video di bawah ! Sekian. Terima kasih,

5 Kelebihan Pemasaran Facebook Untuk Usahawan Kecil dan Besar

Facebook sentiasa memperbaiki dan meningkatkan servis mereka mengikut kehendak semasa.

Walaupun Facebook pada asalnya wujud hanyalah untuk bersosial secara maya hanya di peringkat universiti, namun kini Facebook menjadi satu platform utama untuk usahawan kecil dan besar melakukan pemasaran bisnes mereka.

Sebagai usahawan anda harus mengambil tahu sedikit sebanyak tentang apakah ‘update’ terkini yang Facebook sedang lakukan.

Jika anda masih tercari-cari jawapan adakah benar pemasaran Facebook memberi implikasi yang sangat efektif kepada usahawan kecil dan besar pada zaman kini.

Maka izinkan saya berkongsi kepada anda 5 kelebihan pemasaran Facebook bagi usahawan di bawah ini.

5 Kelebihan Pemasaran Facebook Untuk Usahawan Kecil dan Besar

1) Menjimatkan Kos Pemasaran

Perniagaan dan pemasaran tidak dapat dipisahkan. Perniagaan yang hebat hadir dari pemasaran yang hebat. Pemasaran yang hebat tidak semestinya memerlukan kos pemasaran yang mahal.

Anda boleh memilih untuk melaburkan kos pemasaran menggunakan iklan radio, iklan tv, iklan surat khabar dan seumpamanya, namun pengiklanan di Facebook lebih mendapat penjimatan berganda dari pengiklanan konvensional.

Anda jangan hairan jika terdapat usahawan di kawasan persekitaran rumah anda menggunakan iklan di Facebook untuk mempromosi bisnes mereka. Ia sentiasa melewati di newsfeed Facebook anda.

Bukan sahaja bisnes kecil menggunakan FB, malah pemilik bisnes besar juga menggunakan FB untuk aktiviti pemasaran sehingga ada satu pasukan khas untuk membuat pemasaran mereka di Facebook.

2) Kongsi Gambar & Video Bisnes Anda

Melalui Facebook anda boleh berkongsi gambar dan video bisnes anda di Fan Page. Kedua-dua medium ini sangat efektif dan pantas untuk membina jenama bisnes anda.

Sebagai contoh untuk bisnes pelancongan ” Travel and Tourism” yang berkongsi gambar tempat-tempat pelancongan yang cantik-cantik di Fan Page mereka, maka ia potensi untuk mendapat LIKE dan SHARE yang banyak dari prospek di FB.

Maka di situ viral akan mudah berlaku dan jenama bisnes anda akan mudah dikenali.

Anda juga boleh buat video untuk menerangkan promosi-promosi terbaru produk atau servis bisnes anda di Facebook.

3) Mudah Berhubung Dengan Prospek Yang Berpotensi Menjadi Pelanggan Anda

Facebook telah menyediakan satu tool untuk berhubung secara terus dengan prospek yang berminat dengan produk dan servis anda.

FB Messenger sebagai contoh adalah salah satu tool yang berkesan untuk berhubung secara chatting, voice call dan video call dengan prospek yang berpotensi menjadi pelanggan anda.

Tool ini disediakan secara percuma kepada sesiapa sahaja pengguna yang berdaftar di Facebook.

Begitu juga anda boleh berhubung dengan prospek anda melalui posting yang anda lakukan dengan melakukan CTA (Call To Action) untuk mereka komen jika berminat.

4) Tingkatkan Trafik Website Bisnes Anda

Usaha meningkat trafik website adalah sangat perlu bagi anda yang memiliki website bisnes. Bagi saya website tanpa trafik umpama kubur yang tiada penyinggahnya.

Sebenarnya Facebook berpotensi membantu meningkat trafik website anda jika kena pada tekniknya.

Anda hanya perlu fokus kepada ayat copywriting yang boleh meningkatkan engagement pada setiap status di Fan Page bisnes anda. Setiap engagement yang berkesan boleh membantu jumlah klik link ke website bertambah dan trafik juga anda bertambah.

5) Pengiklanan Yang Targetted

Di Facebook anda boleh membuat iklan yang targetted kepada prospek tertentu yang anda inginkan.

Anda boleh sasarkan prospek pilihan yang bagaimana yang anda mahukan dari segi umur, jantina, minat, tempat tinggal. negara mana dan sebagainya

Sebagai contoh, jika anda mengambil servis iklan berbayar FB Ads, mereka menyediakan data yang lebih tepat dan terperinci. Tidak mungkin prospek berumur 30 tahun akan melihat iklan anda jika anda telah sasarkan prospek berumur dari 20 sehingga 29 tahun.

Tidak mungkin mereka yang minat dengan makanan akan nampak iklan permotoran dan seumpamanya.

Kesimpulan

Walaupun artikel yang saya kongsikan di atas semua berkaitan kelebihan pemasaran Facebook untuk usahawan kecil dan besar malah ada juga kelemahannya tersendiri.

Apa yang penting di sini, anda sebagai usahawan, perlu memilih Facebook sebagai medium pemasaran untuk memperkenalkan bisnes dan lakukan pemasaran di sana secara bijaksana.

Semoga artikel blog saya kali ini dapat membantu anda kelak. Terima kasih kerana sudi singgah. Semoga berjumpa kembali yer.

Sila SHARE post ini jika memberi manfaat kepada anda !