3 Cara Konsistenkan Komisen Bisnes Affiliate

bisnes-affiliate

bisnes-affiliate

Setiap ejen affiliate yang berjaya sentiasa mencari produk yang ada permintaan serta mendapat bayaran komisen yang tinggi. Kebanyakan mereka mempunyai formula yang mudah dan sentiasa dipraktikkan sehingga berjaya.

Walaupun pada hakikatnya menjana komisen secara konsisten tidaklah semudah dikata. Formula yang telah bertahun dibuktikan yang mesti diberi penekanan adalah berusaha sedaya mungkin dengan penuh dedikasi.

Sentiasa fokus pada usaha untuk mencapai sasaran jualan yang telah ditentukan.

Pada post kali ni saya ingin berkongsi 3 cara konsistenkan komisen bisnes affiliate anda. Melalui tip-tip ini kelak, insyaallah anda boleh meningkatkan jualan dan mampu bertahan dalam usaha untuk mempromosikan produk affiliate secara online.

 

Apakah 3 tip TERBAIK menjana komisen affiliate secara konsisten tu ?

1) Website Yang UNIK

Anda ada website ? Gunakan unik website untuk promosi setiap satu produk affiliate pilihan anda. Anda disarankan agar tidak meletakkan banyak produk dalam satu website hanya kerana mahu menjimatkan caj hosting anda. Senang cerita…jangan carca merba kan pelbagai niche produk dalam satu website kecuali anda adalah usahawan e-commerce.

Sertakan produk review di website anda agar pelawat mengenali sejauh mana produk yang anda jual boleh membantu menyelesaikan masalah mereka. Masukkan juga testimoni pembeli yang telah mencuba produk yang anda jual.

Pastikan setiap testimoni mendapat kebenaran dari pengguna produk dan mereka rela memberikan nama dan gambar mereka untuk dipaparkan.

Anda juga boleh menulis artikel-artikel yang menerangkan maklumat produk di website anda. Tarik perhatian pelawat dengan menerangkan keunikan yang ada pada produk affiliate anda.

Sebagai contoh mungkin niche anda adalah produk kesihatan berkaitan penyakit jantung, kongsikan tip, cara, kaedah bagaimana cara menjaga kesihatan jantung yang baik.

Fokus penulisan anda kepada niche anda sahaja dan pasti pelawat akan tertunggu-tunggu perkongsian terbaru dari anda dan seterusnya akan menghubungi anda untuk mendapatkan produk anda.


2) Tawarkan Ebook/Laporan TANPA Perlu Bayar

Cara ni ramai otai usahawan internet lakukan, tidak kiralah usahawan dalam negara ataupun luar negara. Seelok-eloknya gambar laporan ataupun ebook percuma anda itu diletakkan di bahagian atas sebelah kanan website anda. Seperti mana web blog saya ini.

Pada tahap ini anda perlu memiliki autoresponder anda sendiri di mana anda perlu siapkan mesej email untuk dihantar kepada mereka yang telah mendaftar maklumat mereka.

Berdasarkan kajian, jualan dapat dibuat setelah anda berhubung dengan pelawat berdaftar setelah tujuh kali mesej email dihantar.

Hanya dua perkara yang boleh berlaku jika anda tidak meletakkan laporan/ebook percuma di website anda iaitu anda berjaya buat jualan atau pelawat tinggalkan website anda begitu sahaja. Setelah anda mendapat maklumat mereka, kongsikanlah maklumat yang dapat menyelesaikan masalah mereka.

Buatkan mereka rasa selesa dan mesra untuk menerima mesej email daripada anda dan dalam masa yang sama mengingatkan kepada mereka tentang produk affiliate yang anda jual.

Elakkan perasaan ingin menjual semata-mata sebelum anda menerangkan sebab yang jelas kenapa mereka perlu membeli produk anda.

Fokus kepada perkara penting bagaimana produk anda dapat menyelesaikan masalah mereka. Buat mereka rasa gembira dan berpuas hati setelah mendapatkan produk anda.

Dalam email mesej anda kelak, sebolehnya elakkan menggunakan perkataan “FREE” atau “PERCUMA” pada subjek dan mesej anda kerana kebanyakkan mesej ini akan menyebabkan email anda bakal dimasukkan ke dalam Spam box. Ia satu kerugian kepada anda kelak.


3) Trafik Prospek Yang Targetted

Dapatkan trafik yang targetted kepada produk niche anda. Cuba bayangkan pelawat yang melayari website anda tidak berminat apa jua tawaran yang anda buat. Mereka akan pergi dan tidak akan datang lagi ke website anda. Ini juga satu kerugian sebenarnya.

Artikel adalah kuasa trafik yang organik – Tulis artikel anda sendiri dan letakkan dalam e-zines. Dengan cara ini anda boleh kenal pasti dan mengecilkan target market pelanggan anda yang benar-benar berminat.

Cuba praktikkan secara konsisten menulis 2 artikel setiap minggu sekurang-kurangnya 300 hingga 600 patah perkataan. Konsistensi menulis artikel ini berpotensi mendapat trafik yang targetted sekurang-kurangnya 100 pembaca setiap hari. Perlu usaha yang istiqamah. Jangan mudah putus asa.

Saya selalu memperingatkan diri saya bahawa nisbah seorang pembeli kebiasannya berjaya diperolehi jika 100 orang berminat untuk mendapatkan produk ataupun servis anda. Jika anda dapat 1,000 pelawat yang targetted sehari, ini bermakna anda berpotensi memperolehi 10 jualan. Ini membuatkan saya sentiasa berusaha untuk mencara trafik yang benar-benar targetted.


Kesimpulan


3 tip terbaik menjana komisen affiliate secara konsisten di atas tidaklah sesukar mana untuk anda lakukan jika anda fikirkan ia mudah. Anda hanya memerlukan sedikit masa dan plan tindakan yang betul untuk dipraktikkan.

Cuba gunakan 3 tip ini untuk beberapa program pemasaran affiliate anda. Insya Allah anda mampu mengekalkan komisen affiliate anda bila mana ramai lagi pemasar affiliate yang tidak melakukannya.

Apa yang penting, anda perlu fokus dan bayangkan bayaran komisen yang bakal anda terima kelak.

Semoga post kali ini memberi manfaat kepada anda. Terima kasih.

 

3 Cara Untuk Kekal Lama Dalam Bisnes Affiliate

cara-kekal-bisnes-affiliate

cara-kekal-bisnes-affiliate

 

Setiap ejen affiliate mengimpikan kejayaan memperolehi komisen yang lumayan dalam bisnes affiliate. Namun begitu majoriti ejen affiliate gagal menjana komisen lumayan walaupun telah lama berkecimpung dalam affiliate.

Mengikut kajian pakar, purata 85% ~ 90% ejen affiliate gagal menjana komisen lumayan secara konsisten. Kebanyakan mereka berhenti di tengah jalan kerana merasa sukar untuk menjana komisen dari bisnes affiliate.

Seingat saya ketika mula-mula aktif dalam bisnes affiliate, terdapat banyak program affiliate yang ditawarkan. Sehingga saya tak pasti produk mana yang saya harus fokus untuk menjana komisen.

Antara kesilapan yang biasa dilakukan dalam bisnes affiliate adalah kesalahan memilih program affiliate, menyertai terlalu banyak program affiliate dan tidak membeli produk yang ingin dijual.

Sekiranya anda faham kaedah yang pakar affiliate sering praktikkan untuk kekal lama dalam bisnes affiliate dan menjana komisen lumayan, berkemungkinan 3 cara yang saya terangkan pada perenggan berikutnya bakal membantu anda.

 

3 Cara Untuk Kekal Lama Dalam Bisnes Affiliate


Anda praktikkan untuk bisnes affiliate anda.

1) Website Unik

Mempromosi satu produk affiliate untuk satu website lebih tinggi potensi conversion berbanding satu website untuk mempromosi banyak pilihan produk. Sekiranya anda ingin menjana komisen affiliate yang lumayan anda perlu sediakan satu produk untuk satu website.

Anda kongsikan produk review yang menarik serta manfaat kepada prospek pelanggan. Anda juga harus masukkan beberapa testimoni pelanggan yang telah mendapatkan produk tersebut. Berikan keyakinan kepada produk yang anda promosikan.

Bina ayat iklan ataupun ayat copywriting yang mengancam. Tarik perhatian mereka melalui penulisan iklan yang menarik seperti mana yang diajar dalam panduan Junior Copywriting oleh saudara Faris Osman.

 

2) Tawarkan Produk Per.cuma (Kumpul Database)

Anda perlu kumpul database prospek untuk didaftar dalam sistem emel autoresponder anda. Mengumpul database adalah kaedah majoriti pakar affiliate praktikkan dan ia masih efektif sehingga ke hari ini.

Anda boleh tawarkan produk sebagai contohnya laporan, ebook, video tutorial dan apa jua yang berkaitan dengan niche produk yang anda ingin promosi. Sekiranya prospek berminat, mereka perlu masukkan maklumat seperti Nama, Emel dan No Telefon.

Anda kumpulkan sebanyak mungkin database yang targeted untuk memudahkan anda melakukan pemasaran produk affiliate yang anda ingin promosi.

Sebagai contohnya seperti mana usahawan internet bernama Rahman Basri lakukan untuk produk premium beliau iaitu Jualan Pro dengan menawarkan panduan untuk menambah pelanggan melalui blog secara Percu.ma ini.

 

3) Menulis Artikel Untuk Tingkatkan Trafik

Penulisan artikel cukup efektif untuk meningkatkan trafik website. Anda harus rajin menulis artikel sekurang-kurangnya 2 artikel seminggu. Sekiranya anda kurang mahir menulis anda boleh mengupah penulis freelance ataupun dipanggil sebagai ghost writer.

Artikel yang panjang sekurang-kurangnya 300-600 patah perkataan itu anda boleh kongsikan dalam website atau blog yang berautoriti tinggi.

Jika anda berjaya mencapai 1,000 trafik untuk website affiliate anda, sekurang-kurangnya anda mendapat 10 jualan mengikut kajian pakar.

Teknik pemasaran video juga boleh membantu untuk meningkatkan trafik website anda. Anda buat artikel berbentuk video kemudian anda upload di Youtube.

Ketiga-tiga cara di atas tak susah untuk anda praktikkan. Sekiranya anda buat dan terus buat tanpa mengenal erti putus asa, insyaAllah matlamat untuk kekal lama dalam bisnes affiliate dan menjana komisen lumayan pasti tercapai kelak.

Semoga perkongsian ini membantu membuka minda anda untuk terus maju dalam bisnes affiliate kelak.

Andaikata perkongsian ini memberi manfaat, sila kongsikan kepada rakan-rakan anda ya !

Sekian. Terima kasih. Wasalam.

 

Jom BONGKAR Rahsia Jana 6 Angka Dengan Bisnes Affiliate !

(Klik gambar di bawah !)

Jana-6-Angka-Bisnes-Affiliate