4 Formula Pemasaran Email Untuk Tingkatkan Jualan Bisnes Anda

4 formula pemasaran email

Alhamdulillah hari ini saya diberi kesempatan untuk menulis di blog rasmi saya ini. Ramai usahawan terlupa kepada salah satu teknik pemasaran yang efektif dan sentiasa evergreen iaitu pemasaran email. 

Teknik pemasaran tidak popular seperti pemasaran FB Ads, Google Ads dan apa jua platform berbayar yang mungkin anda tahu. Sebenarnya ramai usahawan terlupa bahawa pemasaran email mempunyai keunikan tersendiri.

Secara jujurnya sepanjang penglibatan saya dalam dunia bisnes internet, sehingga hari ini saya masih tak faham seni sebenar dalam pemasaran email. Namun sebenarnya teknik ini mampu meningkatkan jualan produk dan perkhidmatan tidak kiralah apa jua bisnes anda.

Macam tidak percaya kan ! Tapi teknik pemasaran inilah sepatutnya anda bukan sekadar tahu tetapi perlu faham sedalam-dalamnya. Tahu dan faham mempunyai banyak perbezaan.

Perenggan seterusnya saya kongsikan apakah 4 formula pemasaran email untuk meningkatkan jualan.

 

4 Formula Pemasaran Email

 

Berikut adalah formula untuk meningkatkan jualan bisnes anda melalui teknik pemasaran email.

1) Email Mestilah Menggunakan Sekurang-Kurangnya Salah Satu Dari Tiga Perkara Ini

Sama seperti penulisan blog, artikel, post di sosial media, laporan dan lain-lain, pemasaran email juga berkaitan konten. Jika anda ingin setiap email anda dibuka, anda lakukan salah satu atau semua cara dari ketiga-tiga cara di bawah.

Bercerita – Menonton 2 jam movie adalah perkara biasa bagi pengguna email. Mereka tidak mahu membuang masa selama 30 saat pertama mereka untuk membaca mesej email yang membosankan. Jadi mesej email anda haruslah mempunyai konsep penceritaan agar mereka tidak bosan. Dalam masa yang sama anda selitkan mesej jualan anda dalam penceritaan tadi. Anda faham maksud saya kan.

Berkongsi Ilmu atau Mengajar – Mereka yang subscribe email anda mengharapkan sesuatu daripada anda. Jika mesej email anda tentang perkongsian ilmu atau mengajar mereka tentang sesuatu ilmu, ia sangat menarik minat mereka. Dari minat tadi mula bertukar rasa percaya kepada anda. Maka kadar potensi mesej email anda dibuka sangat tinggi.

Motivasi – Mesej motivasi yang memberi inspirasi ataupun menaikkan semangat sangat menarik perhatian sesiapa pun. Menghantar mesej motivasi juga memberi impak yang baik kepada pemasaran email. Manalah tahu mungkin mesej email anda kelak memberi titik permulaan perubahan hidup mereka.

Itulah sahaja cara yang anda boleh gunakan kesemua sekali ataupun salah satu dari tiga cara di atas.

 

2) Hampir Semua Email Anda Perlu Letakkan Link

Anda perlu letakkan link membeli produk dan perkhidmatan anda pada hampir keseluruhan mesej email anda. Jika anda tidak letakkan link, bagaimana cara mereka untuk membeli kan. Kita tidak tahu penghantaran mesej yang keberapa mereka akan mula membeli. Jadi anda letakkan link pada hampir setiap mesej email anda, potensi membeli sangat besar. Lambat atau cepat sahaja kesan jualan pasti berlaku.

 

3) Hantar Email Setiap Hari

Cara ketiga ini mungkin agak berlainan sedikit daripada yang otai email ajarkan. Tetapi inilah yang diajar oleh usahawan antarabangsa. Sekurangnya 30 hari pertama, anda kerap menghantar email supaya mereka kenal anda. Anda tidak perlu hiraukan mereka akan klik butang unsubcibe email anda. Biarkan mereka membuat keputusan. Sebagai usahawan, kita perlu biasakan menerima rejection daripada pelanggan. Jangan mudah putus asa untuk sentiasa menghantar email sekurang-kurangnya 30 hari yang pertama. Pasti anda akan jumpa pelanggan yang setia dan ternanti-nanti mesej email anda.

 

4) Hantar Semula Email Yang Tidak Dibaca

Perkara ini juga sebenarnya jarang dilakukan oleh ramai usahawan yang menggunakan pemasaran email. Menghantar semula email yang tidak dibuka atau dibaca oleh pelanggan juga berpotensi memberi kesan kepada jualan bisnes anda. Berdasarkan pengalaman saya sangat jarang sistem email yang membenarkan penghantaran email pada tempoh tertentu sekiranya pelanggan masih tidak membuka email. Tetapi sekiranya terdapat sistem email atau dipanggil sebagai autoresponder mempunyai pilihan penghantaran semula email (re-send), anda boleh pilih sistem email itu.  

 

Kesimpulan

Sebagai usahawan sangat rugi sekiranya kita tidak mendalami ilmu pemasaran email. Walaupun masih ada dikalangan usahawan yang masih skeptikal tentang teknik ini, tapi percayalah pemasaran email tetap tidak akan tertelan zaman. Pemasaran email belum tamat. Ia sentiasa baru bermula di setiap zaman. 

Saya harap setiap ilmu yang kongsikan di blog ini memberi manfaat kepada anda. Sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan ilmu pengetahuan anda tentang ilmu pemasaran online. Semoga memberi manfaat dan jumpa lagi. InsyaAllah. Sekian. 

3 Cara Konsistenkan Komisen Bisnes Affiliate

bisnes-affiliate

bisnes-affiliate

Setiap ejen affiliate yang berjaya sentiasa mencari produk yang ada permintaan serta mendapat bayaran komisen yang tinggi. Kebanyakan mereka mempunyai formula yang mudah dan sentiasa dipraktikkan sehingga berjaya.

Walaupun pada hakikatnya menjana komisen secara konsisten tidaklah semudah dikata. Formula yang telah bertahun dibuktikan yang mesti diberi penekanan adalah berusaha sedaya mungkin dengan penuh dedikasi.

Sentiasa fokus pada usaha untuk mencapai sasaran jualan yang telah ditentukan.

Pada post kali ni saya ingin berkongsi 3 cara konsistenkan komisen bisnes affiliate anda. Melalui tip-tip ini kelak, insyaallah anda boleh meningkatkan jualan dan mampu bertahan dalam usaha untuk mempromosikan produk affiliate secara online.

 

Apakah 3 tip TERBAIK menjana komisen affiliate secara konsisten tu ?

1) Website Yang UNIK

Anda ada website ? Gunakan unik website untuk promosi setiap satu produk affiliate pilihan anda. Anda disarankan agar tidak meletakkan banyak produk dalam satu website hanya kerana mahu menjimatkan caj hosting anda. Senang cerita…jangan carca merba kan pelbagai niche produk dalam satu website kecuali anda adalah usahawan e-commerce.

Sertakan produk review di website anda agar pelawat mengenali sejauh mana produk yang anda jual boleh membantu menyelesaikan masalah mereka. Masukkan juga testimoni pembeli yang telah mencuba produk yang anda jual.

Pastikan setiap testimoni mendapat kebenaran dari pengguna produk dan mereka rela memberikan nama dan gambar mereka untuk dipaparkan.

Anda juga boleh menulis artikel-artikel yang menerangkan maklumat produk di website anda. Tarik perhatian pelawat dengan menerangkan keunikan yang ada pada produk affiliate anda.

Sebagai contoh mungkin niche anda adalah produk kesihatan berkaitan penyakit jantung, kongsikan tip, cara, kaedah bagaimana cara menjaga kesihatan jantung yang baik.

Fokus penulisan anda kepada niche anda sahaja dan pasti pelawat akan tertunggu-tunggu perkongsian terbaru dari anda dan seterusnya akan menghubungi anda untuk mendapatkan produk anda.


2) Tawarkan Ebook/Laporan TANPA Perlu Bayar

Cara ni ramai otai usahawan internet lakukan, tidak kiralah usahawan dalam negara ataupun luar negara. Seelok-eloknya gambar laporan ataupun ebook percuma anda itu diletakkan di bahagian atas sebelah kanan website anda. Seperti mana web blog saya ini.

Pada tahap ini anda perlu memiliki autoresponder anda sendiri di mana anda perlu siapkan mesej email untuk dihantar kepada mereka yang telah mendaftar maklumat mereka.

Berdasarkan kajian, jualan dapat dibuat setelah anda berhubung dengan pelawat berdaftar setelah tujuh kali mesej email dihantar.

Hanya dua perkara yang boleh berlaku jika anda tidak meletakkan laporan/ebook percuma di website anda iaitu anda berjaya buat jualan atau pelawat tinggalkan website anda begitu sahaja. Setelah anda mendapat maklumat mereka, kongsikanlah maklumat yang dapat menyelesaikan masalah mereka.

Buatkan mereka rasa selesa dan mesra untuk menerima mesej email daripada anda dan dalam masa yang sama mengingatkan kepada mereka tentang produk affiliate yang anda jual.

Elakkan perasaan ingin menjual semata-mata sebelum anda menerangkan sebab yang jelas kenapa mereka perlu membeli produk anda.

Fokus kepada perkara penting bagaimana produk anda dapat menyelesaikan masalah mereka. Buat mereka rasa gembira dan berpuas hati setelah mendapatkan produk anda.

Dalam email mesej anda kelak, sebolehnya elakkan menggunakan perkataan “FREE” atau “PERCUMA” pada subjek dan mesej anda kerana kebanyakkan mesej ini akan menyebabkan email anda bakal dimasukkan ke dalam Spam box. Ia satu kerugian kepada anda kelak.


3) Trafik Prospek Yang Targetted

Dapatkan trafik yang targetted kepada produk niche anda. Cuba bayangkan pelawat yang melayari website anda tidak berminat apa jua tawaran yang anda buat. Mereka akan pergi dan tidak akan datang lagi ke website anda. Ini juga satu kerugian sebenarnya.

Artikel adalah kuasa trafik yang organik – Tulis artikel anda sendiri dan letakkan dalam e-zines. Dengan cara ini anda boleh kenal pasti dan mengecilkan target market pelanggan anda yang benar-benar berminat.

Cuba praktikkan secara konsisten menulis 2 artikel setiap minggu sekurang-kurangnya 300 hingga 600 patah perkataan. Konsistensi menulis artikel ini berpotensi mendapat trafik yang targetted sekurang-kurangnya 100 pembaca setiap hari. Perlu usaha yang istiqamah. Jangan mudah putus asa.

Saya selalu memperingatkan diri saya bahawa nisbah seorang pembeli kebiasannya berjaya diperolehi jika 100 orang berminat untuk mendapatkan produk ataupun servis anda. Jika anda dapat 1,000 pelawat yang targetted sehari, ini bermakna anda berpotensi memperolehi 10 jualan. Ini membuatkan saya sentiasa berusaha untuk mencara trafik yang benar-benar targetted.


Kesimpulan


3 tip terbaik menjana komisen affiliate secara konsisten di atas tidaklah sesukar mana untuk anda lakukan jika anda fikirkan ia mudah. Anda hanya memerlukan sedikit masa dan plan tindakan yang betul untuk dipraktikkan.

Cuba gunakan 3 tip ini untuk beberapa program pemasaran affiliate anda. Insya Allah anda mampu mengekalkan komisen affiliate anda bila mana ramai lagi pemasar affiliate yang tidak melakukannya.

Apa yang penting, anda perlu fokus dan bayangkan bayaran komisen yang bakal anda terima kelak.

Semoga post kali ini memberi manfaat kepada anda. Terima kasih.

 

3 Cara Untuk Kekal Lama Dalam Bisnes Affiliate

cara-kekal-bisnes-affiliate

cara-kekal-bisnes-affiliate

 

Setiap ejen affiliate mengimpikan kejayaan memperolehi komisen yang lumayan dalam bisnes affiliate. Namun begitu majoriti ejen affiliate gagal menjana komisen lumayan walaupun telah lama berkecimpung dalam affiliate.

Mengikut kajian pakar, purata 85% ~ 90% ejen affiliate gagal menjana komisen lumayan secara konsisten. Kebanyakan mereka berhenti di tengah jalan kerana merasa sukar untuk menjana komisen dari bisnes affiliate.

Seingat saya ketika mula-mula aktif dalam bisnes affiliate, terdapat banyak program affiliate yang ditawarkan. Sehingga saya tak pasti produk mana yang saya harus fokus untuk menjana komisen.

Antara kesilapan yang biasa dilakukan dalam bisnes affiliate adalah kesalahan memilih program affiliate, menyertai terlalu banyak program affiliate dan tidak membeli produk yang ingin dijual.

Sekiranya anda faham kaedah yang pakar affiliate sering praktikkan untuk kekal lama dalam bisnes affiliate dan menjana komisen lumayan, berkemungkinan 3 cara yang saya terangkan pada perenggan berikutnya bakal membantu anda.

 

3 Cara Untuk Kekal Lama Dalam Bisnes Affiliate


Anda praktikkan untuk bisnes affiliate anda.

1) Website Unik

Mempromosi satu produk affiliate untuk satu website lebih tinggi potensi conversion berbanding satu website untuk mempromosi banyak pilihan produk. Sekiranya anda ingin menjana komisen affiliate yang lumayan anda perlu sediakan satu produk untuk satu website.

Anda kongsikan produk review yang menarik serta manfaat kepada prospek pelanggan. Anda juga harus masukkan beberapa testimoni pelanggan yang telah mendapatkan produk tersebut. Berikan keyakinan kepada produk yang anda promosikan.

Bina ayat iklan ataupun ayat copywriting yang mengancam. Tarik perhatian mereka melalui penulisan iklan yang menarik seperti mana yang diajar dalam panduan Junior Copywriting oleh saudara Faris Osman.

 

2) Tawarkan Produk Per.cuma (Kumpul Database)

Anda perlu kumpul database prospek untuk didaftar dalam sistem emel autoresponder anda. Mengumpul database adalah kaedah majoriti pakar affiliate praktikkan dan ia masih efektif sehingga ke hari ini.

Anda boleh tawarkan produk sebagai contohnya laporan, ebook, video tutorial dan apa jua yang berkaitan dengan niche produk yang anda ingin promosi. Sekiranya prospek berminat, mereka perlu masukkan maklumat seperti Nama, Emel dan No Telefon.

Anda kumpulkan sebanyak mungkin database yang targeted untuk memudahkan anda melakukan pemasaran produk affiliate yang anda ingin promosi.

Sebagai contohnya seperti mana usahawan internet bernama Rahman Basri lakukan untuk produk premium beliau iaitu Jualan Pro dengan menawarkan panduan untuk menambah pelanggan melalui blog secara Percu.ma ini.

 

3) Menulis Artikel Untuk Tingkatkan Trafik

Penulisan artikel cukup efektif untuk meningkatkan trafik website. Anda harus rajin menulis artikel sekurang-kurangnya 2 artikel seminggu. Sekiranya anda kurang mahir menulis anda boleh mengupah penulis freelance ataupun dipanggil sebagai ghost writer.

Artikel yang panjang sekurang-kurangnya 300-600 patah perkataan itu anda boleh kongsikan dalam website atau blog yang berautoriti tinggi.

Jika anda berjaya mencapai 1,000 trafik untuk website affiliate anda, sekurang-kurangnya anda mendapat 10 jualan mengikut kajian pakar.

Teknik pemasaran video juga boleh membantu untuk meningkatkan trafik website anda. Anda buat artikel berbentuk video kemudian anda upload di Youtube.

Ketiga-tiga cara di atas tak susah untuk anda praktikkan. Sekiranya anda buat dan terus buat tanpa mengenal erti putus asa, insyaAllah matlamat untuk kekal lama dalam bisnes affiliate dan menjana komisen lumayan pasti tercapai kelak.

Semoga perkongsian ini membantu membuka minda anda untuk terus maju dalam bisnes affiliate kelak.

Andaikata perkongsian ini memberi manfaat, sila kongsikan kepada rakan-rakan anda ya !

Sekian. Terima kasih. Wasalam.

 

Jom BONGKAR Rahsia Jana 6 Angka Dengan Bisnes Affiliate !

(Klik gambar di bawah !)

Jana-6-Angka-Bisnes-Affiliate

 

5 Kelebihan Buat Bisnes Dropship

bisnes-dropship

Anda Tiada Idea Bisnes ?

Antara idea bisnes yang mudah untuk dilakukan pada abad kini adalah bisnes dropship. Agak rugi bagi anda sekiranya anda yang baru merancang untuk buat duit di internet tidak mencuba bisnes ini.

Mencuba bisnes dropship pada masa kini amat mudah. Telalu banyak tool telah disediakan pemain dropship.

Bagi anda yang baru, mungkin 5 kelebihan bisnes dropship ini bakal membuka minda untuk melakukan bisnes ini.

 

5 Kelebihan Bisnes Dropship


1) Modal Rendah
Konsep bisnes dropship merupakan “WIN-WIN situation”. Anda tak perlu menyediakan produk. Sekiranya anda berhasil mendapat jualan, keuntungan akan dibahagi seperti mana yang telah ditetapkan oleh pemilik produk.

Boleh dikatakan modal yang sangat minima anda perlu keluarkan berbanding pemilik produk yang perlu mengeluarkan modal yang besar untuk kos mencipta produk, R&D, pengiktirafan halal dan sebagainya.

Dari segi yuran pula saya dapati kebanyakan pemilik produk yang menyediakan peluang dropship tidak meminta yuran pendaftaran atau yuran komitmen sebagai permulaan. Malahan latihan juga turut disediakan untuk cara bagaimana mempromosikan produk mereka.


2) Margin Keuntungan Tinggi
Apa yang menarik dalam bisnes dropship ialah margin keuntungan yang tinggi setiap jualan yang terhasil bagi setiap produk. Anggaran keuntungan purata yang ditawarkan kebiasannya antara 10% sehingga 30% bagi setiap produk, malah ada juga sesetengah peniaga menawarkan lebih dari itu.

Anda bayangkan sekiranya anda menjual produk berharga RM50, anda berpotensi menjana keuntungan sebanyak RM15 setiap produk bagi kiraan untung sebanyak 30%. Itu baru satu produk. Kalau anda fokus untuk 10 jualan anda boleh buat jana duit poket sebanyak RM150.

Ada kaedah mudah untuk memaksimumkan keuntungan dalam bisnes dropship sekiranya anda bersedia untuk mendapatkan Ebook Panduan Bisnes Shopee. Di sana nanti anda akan diajar dari A-Z tentang cara bisnes dropship alaf baru.


3) Tiada Risiko
Boleh dikatakan bisnes dropship kurang berisiko. Anda tak perlu memikirkan tentang kualiti produk, rekaan produk, penghantaran produk, melayan karenah pembeli produk dan sebagainya.

Tugas anda hanyalah mempromosi produk dan memperkenalkan manfaat produk kepada prospek pelanggan. Sekiranya terdapat komplen kerosakan, pulangan produk dan sebagainya pemilik produk anda melayan mereka. Anda tidak perlu melakukan apa-apa selain mempromosi produk sahaja.

Bukankah ia berbaloi dan anda tak perlu pening kepala memikirkan risiko lain.

Cuma anda perlu berhati-hati memilih produk yang ingin anda promosikan. Buat kaji selidik terlebih dahulu tentang pemilik produk, latar belakang syarikat, masalah bayaran komisen dan sebagainya. Jangan pula anda perlu tanggung risiko kelak.


4) Tak Perlu Gudang/Kedai
Bisnes Dropship juga tak memeningkan kepada anda untuk menyediakan premis kedai ataupun gudang untuk menyimpan stok produk. Berbanding peniaga, mereka perlu mengeluarkan modal yang besar untuk stok sekiranya permintaan produk luar biasa tinggi.

Namun sekiranya anda ingin fokus kepada bisnes dropship pada tahap lebih padu, sebaiknya anda mempunyai kedai online anda sendiri ataupun dipanggil sebagai ecommerce. Saya melihat kebanyakan otai-otai dropship yang menjana komisen konsisten kerana mereka memiliki kedai online mereka sendiri.

Kos untuk menyediakan kedai online memang agak mahal tapi anda boleh belajar secara percuma di YouTube untuk cara-cara bina kedai online anda sendiri. Sekiranya anda nak lebih ekonomi, mudah serta mesra newbie, saya sarankan anda dapatkan panduan Rahsia E-Commerce yang disediakan oleh saudara Zyan ini !


5) Tiada Batas Geographical
Anda boleh menjual produk dropship ke peringkat antarabangsa merentasi benua. Inilah kelebihan yang ramai otai-otai nampak dalam bisnes dropship.

Sebagai contoh anda menjual produk tempatan di Ebay. Saya pernah melihat otai dropship menjual keropok “Super Ring” di Ebay. Rupanya orang barat suka makan keropok tu. Banyak juga sale dengan hanya mempromosi keropok tu. Anda bayangkan sale semua dalam USD. Kalau dikali dengan nilai matawang RM (Ringgit Malaysia), berapa banyak margin keuntungannya.

Otai dropship yang saya maksudkan di atas ialah mereka yang mempraktikkan ilmu dari Export Mudah ni. Anda boleh lihat beberapa bukti produk lain yang cukup simple sehinggakan Ajinomoto pun boleh dijual dengan orang putih. Saya terkesima juga lah.


Kesimpulan


Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Takkan berhasil apa jua yang kita buat selagi kita tak mencuba. Bisnes dropship mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Ia sebagai permulaan pencarian pendapatan tambahan yang efektif masa kini.

Semoga perkongsian saya ini memberi manfaat kepada anda.

Sekiranya artikel ini pada pandangan anda sangat membantu, apa kata saya cadangkan anda kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda yang lain. Terima kasih. Sekian. Wasalam. Jumpa lagi. InsyaAllah.

3 Langkah Proaktif Menjana Komisen Secara Konsisten Melalui Bisnes Affiliate

Salam hormat kepada anda. Rasa semangat pula pada awal tahun 2020 ni. Alhamdulillah rasa bersyukur saya kehadrat Allah beri kesempatan umur sehingga bertemu tahun ini. Teringat saya semasa zaman sekolah rendah tentang wawasan kerajaan suatu masa dulu oleh PM Dr Mahathir Muhammad iaitu Wawasan 2020. Saya tak pasti terlaksanakah kesemua wawasan itu.

Baiklah…bukan tentang wawasan 2020 yang nak saya nukilkan kat sini. Nanti anda bosan pulak. Hehehe..

Pada post kali ini, saya ingin berkongsi kepada anda tentang cara konsisten menjana komisen dalam bisnes affiliate.

Ramai yang boleh menjana komisen affiliate walaupun seringgit pertama, tetapi bagaimana ingin menjana komisen secara konsisten ? 

Perenggan berikutnya saya kongsikan 3 langkah menjana komisen affiliate  yang boleh anda praktikkan. InsyaAllah.

 

3 Langkah Menjana Komisen Affiliate Secara Konsisten

 

1) Kumpul List

IMPORTANT ! 

Langkah ini sangat penting jika anda berimpian menjana komisen affiliate secara konsisten. Nama lain bagi kumpul list juga dikenali sebagai database. Ya…kumpul database.

Money in the list !

Kumpul list sangat penting dan semestinya anda perlu memiliki sistem yang boleh menyimpan dan menguruskan list atau database prospek.

Objektif utama untuk mengumpul list adalah bertujuan untuk melakukan proses ‘follow up’ dengan prospek dan menukar mereka kepada pembeli. Anda boleh juga melakukan promosi untuk produk-produk seterusnya kepada mereka kelak.

Sistem yang saya maksudkan adalah sistem autoresponder. Sistem ini akan membantu anda melakukan kerja-kerja menghantar email kepada mereka. Hanya melakukan sekali setting pada peringkat awal, kemudian sistem akan bantu anda buat kerja.

Antara sistem Autoreponder yang terbaik di dunia buat masa ini adalah Aweber dan GetResponse. Kedua-duanya menyediakan pakej 30 hari secara percuma untuk tempoh percubaan sistem autoresponder mereka. Ramai pakar usahawan dunia menggunakan servis mereka termasuk pakar usahawan tempatan.

Cadangan servis autoresponder lain yang anda boleh cuba kelak adalah Mailer Lite. Untuk sistem ini, anda tidak dikenakan caj sebelum anda berjaya mencapai list seramai 1000 subsciber. Anda akan dikenakan caj bulanan setelah anda mencapai 1000 list. Sila review dulu setiap tawaran servis autoresponder mengikut kesesuaian dan kemampuan anda.

Secara mudah untuk anda fahami, proses mengumpul list memerlukan sistem autoresponder.

 

2) Menulis Artikel Blog

Langkah seterusnya untuk menjana komisen affiliate secara konsisten adalah anda perlu sediakan blog. Sekiranya anda telah memiliki blog, maka anda perlu lebih aktif menulis artikel di blog anda. 

Kenapa memilih blog ?

Jika sekarang anda sesuatu maklumat di Google, majoriti keputusan carian yang dipamerkan pada Page 1 kebanyakannya datang dari sumber maklumat dari blog. Google sangat suka crawl maklumat yang datang dari artikel blog. 

Platform blog merupakan medium penting untuk menjana komisen affiliate secara konsisten. Sekiranya artikel yang anda tulis mempunyai keunikan tersendiri, potensi menjana komisen yang anda kehendaki lebih mudah.

Penulisan blog juga mempunyai seninya yang tersendiri. Jika kita dapat kuasai seni blog dengan gaya penulisan yang tersendiri, ini merupakan bonus point untuk anda. Ada panduan yang mengajar bagaimana cara menjana pendapatan hanya melalui blog sahaja. Anda boleh search satu panduan yang bernama Seni Blog yang akan diajar oleh Tuan Rahman Basri.

Bagaimana blog membantu menjana komisen affiliate secara konsisten ?

Artikel blog niche lebih memberi kesan untuk mencapai objektif menjana pendapatan konsisten. Ini bermakna anda perlu memilik blog niche yang khusus pada produk atau servis tertentu.

Jika kepakaran anda sebagai contoh adalah dalam bidang penternakan lembu, anda boleh berkongsi pengalaman anda dalam bidang ini melalui blog khas tentang bisnes penternakan lembu. Anda kongsikan kisah kejayaan anda dari permulaan anda melakukan penternakan lembu sehingga berjaya. 

Pada penghujung artikel itu nanti anda sediakan borang Opt-In untuk peminat khusus dalam bidang penternakan memasukkan maklumat mereka seperti Nama dan Email ke dalam sistem database autoresponder anda sekiranya mereka ingin mendapatkan maklumat lanjut. 

Anda jelas ?

Sekiranya anda masih tidak jelas anda boleh lihat potensi ilmu yang diajar secara lengkap di Affiliate Method ini. 

 

3) Tarik Trafik

Langkah terakhir pula, anda perlu tarik trafik agar membaca artikel blog anda. Anda boleh memilih untuk menggunakan cara berbayar ataupun percuma.

Cuma saya ingin menasihatkan sekiranya anda memilih kaedah mendapatkan trafik secara percuma, cuba elakkan spamming. Bukan apa….dikhuatiri blog anda nanti akan di block dari mana-mana search engine termasuk di sosial media seperti Facebook.

Itu takpe lagi, paling tak bagus jika kredibiliti anda tercalar hanya kerana aktiviti spamming kelak. Cuba elakkan !

Jika anda memilih pengiklanan cara berbayar, anda boleh cuba FB Ads. Buat permulaan saya cadangkan mulakan dengan modal kecil terlebih dahulu. Sebagai contoh mulakan dengan RM10 sehari. Cuba lihat potensi pembaca artikel yang anda kongsikan mampu meningkatkan jumlah list ataupun tidak.

Saya tidak dapat berkongsi secara teknikal bagaimana menggunakan FB Ads. Sebenarnya anda boleh belajar secara percu.ma melalui YouTube. Terdapat banyak content video FB Ads dari basic sehingga advance diajar di sana.

Tetapi sekiranya anda lebih berminat menggunakan Google Ads sebagai platform pegiklanan berbayar, saya syorkan anda dapatkan Panduan Video Google Ads yang diajar oleh Tuan Mohd Shamsuriyadi. 

 

Pakej Lengkap Belajar Ilmu Bisnes Affiliate…

… dengan mempraktikkan ketiga-tiga langkah di atas. Terdapat sejumlah 26 video tutorial yang dibahagikan dari kategori Basic sehingga Advance. 

Apa yang menarik dengan panduan ini ? (saya ada buat review pada post saya yang lepas – DI SINI!)

Cuba lihat beberapa studen yang telah mempraktikkan ilmu ini.

Testimoni 1

 

Testimoni 2

Ada beberapa testimoni studen lain yang telah berjaya menjana komisen dari bisnes affiliate secara konsisten.

Mereka mengamalkan ilmu yang diajar dalam satu pakej video tutorial secara komprehensif tentang cara menjana komisen affiliate dalam bisnes affiliate yang diberi nama Affiliate Method.

Jika mereka boleh, anda pun boleh !

 

Kesimpulan

Cabaran ekonomi di Malaysia sekarang ini memaksa kita untuk cari jalan bagaimana ingin menambah pendapatan. Mungkin apa yang saya kongsikan di atas hanyalah secebis kaedah tentang cara bagaimana nak jana komisen affiliate secara konsisten melalui bisnes affiliate.

Jika anda telah lama menjual produk digital ataupun fizikal secara online tetapi sukar menjana komisen secara konsisten mungkin dengan 3 langkah ini mencetuskan idea anda sendiri untuk terus menggali teknik pakar ini.

Semoga bermanfaat ! Jumpa lagi. InsyaaAllah

Affiliate Method – Panduan Mantap Jana Income Dari Bisnes Affiliate

Salam hormat kepada anda. Tahun 2020 sudah menjelma. Apa perancangan anda untuk tingkatkan ekonomi. Al-maklum lah semakin lama kos kehidupan semakin lama semakin mahal. 

Jika anda membaca post ini maksudnya anda memang berminat dengan bisnes affiliate tetapi anda tak tahu bagaimana cara untuk menjana pendapatan konsisten dalam affiliate.

Saya merasa terpanggil untuk berkongsi review saya tentang satu panduan mantap tentang cara menjana income dari bisnes affiliate. Bukan mudah saya nak menulis perkataan ‘mantap’ kalau ia bukan benar-benar boleh membantu anda menjana pendapatan darinya.

Alhamdulillah saya telahpun memiliki Affiliate Method dan sedang menelaah beberapa siri video tutorial tentang cara seorang pakar usahawan internet yang saya ikuti sejak mula saya berkecimpung dalam dunia bisnes internet. Nama beliau ialah Haji Rahman Basri. Anda kenal ?

Panduan yang dikeluarkan kali ini oleh beliau merupakan taktik ataupun kaedah terkini yang beliau sendiri praktikkan dan terbukti menjana pendapatan berterusan dan lumayan. 

Mungkin anda pernah menjana pendapatan dalam bisnes affiliate. Tetapi bagaimana cara untuk menjadikan pendapatan yang dihasilkan secara konsisten. Pasti ada teknik rahsianya kan.

Tahun ini mungkin tahun yang sesuai untuk anda grab panduan ini dan mula praktikkan ilmu yang akan dibongkarkan kepada anda kelak. Anda akan terkejut dengan idea ataupun teknik yang diajar kelak. 

 

Review – Affiliate Method

Berikut adalah review saya tentang Affiliate Method – Strategi Praktikal Bisnes Affiliate.

1) Tutorial Video

Terdapat 26 siri video penerangan dari Basic sehingga tahap Advance. Penjelasan langkah demi langkah yang diterangkan oleh beliau sangat jelas dan padu. Anda mudah faham untuk ikut mempraktikkannya. 

Sekiranya anda membelinya nanti saya nasihatkan, anda tulis setiap point yang dijelaskan kelak sebagai rujukan dan mempercepatkan proses pembelajaran.

2) Group Support

Inilah yang menarik. Anda boleh bertanya sekiranya anda tidak faham dan tidak tahu cara bagaimana ingin praktik setiap ilmu yang diajar kelak. Anda boleh bertanya dengan beliau di FB Group dan Telegram.

Pengalaman saya yang berpengalaman membeli produk Haji Rahman Basri dan berkomunikasi dengan beliau, respon yang diberikan agak cepat. Kelewatan mungkin berlaku jika terlalu sibuk dan telalu ramai pembeli yang bertanya.

3) Teknik Hasil Jualan Cepat dan Konsisten

Inilah yang kebanyakan usahawan online mahu sebenarnya. Pasti anda juga teringin menjana pendapatan secara cepat dan konsisten bukan. Terdapat banyak panduan diluar sana mengajar cara menghasilkan jualan secara cepat tetapi tidak  kepada pendapatan yang konsisten. Bukan tiada langsung tetapi sangat jarang. Tetapi di Affiliate Method, anda berpotensi menjana income secara cepat dan konsisten.

4) Bayaran Sekali Seumur Hidup

Ada sebahagian produk diluar sana akan mengenakan tambahan bayaran sekiranya terdapat teknik baru atau versi kemaskini produk. Jika anda berjaya mendapatkan panduan ini, anda tidak perlu membayar secara berkala. Anda hanya perlu membayar sekali seumur hidup untuk anda meneroka ilmu pemasaran online yang paling efektif dan terbukti berkesan. Teknik yang ramai usahawan antarabangsa di luar sana turut praktikkan.

5) Ramai Studen Berjaya Jana Income Lumayan

Salah seorang studen beliau yang berjaya menjana income 6 angka (RM121,175) hanya mempromosi SATU produk affiliate menjadi bukti bahawa Affiliate Method berpotensi membantu anda menjana income lumyan.

Anda boleh korek rahsia bagaimana studen beliau menghasilkan jualan  angka secara per.cuma (KLIK SINI!). 

Tambah Kemahiran Mempromosi Mengikut Peredaran Zaman Menggunakan Teknik Legend di Sistem Jualan Pro

Salam hormat kepada pembaca blog rasmi saya ini. Jika anda seorang peniaga secara online dan menghadapi masalah sukar menghasilkan jualan yang menguntungkan, mungkin apa yang saya kongsikan ini bakal membantu anda.

Berniaga secara online ni bukanlah semudah yang disangka. Tetapi kalau kita tahu caranya, insyaAllah pasti yang sukar menjadi mudah.

Apa yang penting adalah apakah matlamat kita melakukan bisnes online di internet.


3 Persediaan WAJIB Bisnes Online

Sebelum saya melangkah lebih jauh, izinkan saya berkongsi kepada anda tentang persediaan bisnes yang WAJIB ada sebelum melakukan bisnes online. Saya terangkan serba ringkas sahaja.

  1. Produk

    Nak berniaga kita perlu ada produk. Kita boleh menjual produk sendiri atau produk orang lain.

    Dropship adalah satu pilihan yang baik untuk usahawan yang baru memulakan bisnes.

  2. Platform

    Kita perlu menetukan lubuk untuk kita melakukan bisnes. Pilih tempat untuk bisnes yang ramai orang berkumpul. Platform paling popular di Malaysia khususnya adalah di Facebook.

    Terdapat pelbagai platform lain seperti forum, instagram dan lain-lain.

  3. Promosi

    Aktiviti pemasaran sangat penting untuk bisnes apa jua pun. Cuba lihat cara ceti haram (ah long) buat promosi. Mereka edarkan kad, pamplet ke merata-rata tempat.

    Pemasaran adalah aktiviti terpenting dalam bisnes. Kuasai ilmu pemasaran sebaik-baiknya dan kembangkan bisnes dan praktikkan semua ilmu yang ada.

Konsep di atas yang saya gelarkan konsep 3P ini, kalau kita faham kita akan fokus buat untuk apa sahaja bisnes yang anda lakukan.

Sistem Jualan Pro 4.0

Inilah yang saya nak kongsikan kepada anda. Salah satu sistem untuk anda jana pendapatan pasif melalui satu platform yang dinamakan Sistem Jualan Pro 4.0 (SJP4.0).

Kenapa ada nombor 4.0 ?

Sistem terkini serta terbaru yang telah dinaik taraf oleh pengasas sistem ini iaitu Tuan Rahman Basri. Anda bakal dibantu dengan sistem jualan secara automatik di mana anda tak perlu buat apa-apa melainkan sebarkan link affiliate anda.

Semua kerja pemasaran hanya sistem SJP4.0 yang akan buat. Anda bayangkan betapa senang nak jana pendapatan dari sistem ini.

Bagaimana Sistem Jualan Pro 4.0 Membantu Jualan ?

Sistem ini buat kerja promosi mengikut langkah-langkah seperti proses aliran di bawah ini.

  1. Tugas anda hanya perlu promosi link affiliate anda sendiri (jangan sampai promot link orang lain pulak…rugi nanti). Anda promosi sahaja di mana-mana platform di akaun sosial media anda. Teknik nak iklan pun diajar kelak. Anda tak perlu risau.

  2. Kemudian mereka akan daftar maklumat seperti NAMA dan EMAIL untuk sistem ini hubungi mereka. Objektif pada langkah ini adalah untuk kumpul database. Lagi ramai yang daftar melalui link affiliate anda, lagi banyak potensi komisen yang anda akan hasilkan.

  3. Sistem ini akan follow up prospek yang telah mendaftar di bawah link affiliate anda. Anda tak perlu fikirkan macam mana sistem ini follow up. Semuanya akan dilakukan oleh Sistem Jualan Pro 4.0 (SJP4.0)

  4. Jualan Produk secara senyap berlaku pada langkah ini. Anda hanya menunggu komisen masuk ke dalam bank akaun anda. InsyaAllah.

Anda nampak tak…. betapa mudah kerja yang anda perlu lakukan untuk menjana pendapatan di internet. Anda hanya perlu buat jer. Kongsikan link affiliate anda kepada rakan dan kenalan anda dan terus jana pendapatan.

Sistem 2 tier – Inilah yang menarik dalam Sistem Jualan Pro terbaru ini. Anda layak menjana komisen dari mereka yang sertai SJP4.0 di level bawah anda. Jika mereka berjaya mendapatkan hasil jualan, anda turut dapat komisen. Menarik kan !

Jika anda yang biasa dengan MultiLevel marketing anda faham sangat dengan Sistem 2 tier ni. Tetapi ingin saya tekankan Sistem SJP4.0 bukanlah bisnes multilevel marketing. Anda BUKAN duduk diam dan makan komisen orang bawah sahaja. Anda perlu juga buat kerja jika ingin menjana pendapatan pasif.

Testimoni Sistem Jualan Pro 4.0

Takkan saya cerita kosong kan. Bagi membuktikan bahawa SJP4.0 sebenarnya boleh bantu anda menjana pendapatan secara sampingan. Zaman sekarang ini…ekonomi semakin mencabar. Kalau tak buat persediaan untuk ‘back up plan’ susah juga. Jadi inilah salah satu peluang yang saya sangat syorkan anda sertai buat masa ini.

Bagi meyakinkan anda, berikut adalah beberapa testimoni dari website SJP4.0. Ada banyak lagi sebenarnya. Cukuplah saya kongsikan 3 testimoni ini sahaja.

Kesimpulan

Bagi saya Sistem Jualan Pro 4.0 merupakan platform untuk anda BELAJAR dan JANA (Learn & Earn) pendapatan pasif yang telah dikemaskini mengikut peredaran zaman. Malah sistem ini adalah antara sistem terbaik untuk anda menjana pendapatan sampingan secara online walaupun hanya duduk di rumah.

Pengalaman saya yang pernah belajar dari usahawan internet antarabangsa juga sebenarnya menggunakan teknik pemasaran yang sama seperti mana Tuan Rahman Basri lakukan. Ini bermakna teknik pemasaran dalam Sistem Jualan Pro 4.0 ini adalah ‘PROVEN’ method.

Jika anda berminat dan ingin tahu secara lanjut tentang peluang dalam sistem ini, sila layari JUALANPRO.NET sekarang !