About

Salam hormat kepada anda kerana sudi menjengah blog rasmi saya ini. Alhamdulillah usia blog ini lebih kurang hampir 2 tahun sebenarnya. Masih meneruskan minat menulis blog walaubagaimana keadaan sekali pun.

Mari saya terangkan sedikit latar belakang saya.

Nama penuh saya Azeri bin Abdul Wahab. Saya masih seorang pekerja kilang di sekitar kawasan Telok Panglima Garang. Berkhidmat sebagai pekerja pun dah lama juga. Sampai satu masa saya terfikir untuk membina bisnes internet saya sendiri. Antara sifu terawal saya tentang bisnes internet ialah Tuan Irfan Khairi. Anda pasti kenal dengan beliau kan!

Disebabkan minat tentang ilmu tentang pemasaran internet maka terciptalah blog ini. Diwujudkan bertujuan untuk berkongsi ilmu tentang pemasaran online.

 

Menceburi Bidang Rawatan Islam

Buat pengetahuan anda saya juga merupakan seorang perawat ataupun juruterapi rawatan Islam. Kalau saya nak ceritakan sejarah penglibatan saya dalam bidang ini cukup panjang. Anda boleh layari blog khas tentang rawatan Islam di www.rawatanislamdm-tpg.blogspot.com

Alhamdulillah dua bidang ini iaitu bisnes online dan bisnes rawatan Islam berjalan seiring kerana saya telah kenal pasti inilah minat saya. InsyaAllah.

 

Sejarah Domain AZERIIM

Kalau anda nak tahu kenapa saya namakan AzeriIM untuk blog ini adalah disebabkan 2 perkara.

  1. Domain untuk Azeri dot COM dah disunting orang.
  2. Azeri IM tu bermakna (Azeri itu nama saya lah kan…IM pulak ada 2 maksud iaitu Internet Marketer dan Islamic Muallij)

Muallij itu dalam bahasa arab bermaksud Perawat.

Begitulah tercetusnya idea nama blog ini.

Semoga bermanfaat perkongsian artikel di blog ini kepada anda. Sekian. Terima kasih.

P/S : Sekiranya anda ingin mendapat lebih info maklumat tentang saya, boleh layari www.azeribiz2u.com/info