7 Jenis Bisnes Yang Anda Boleh Mulakan Dari Rumah

Berniagalah ! …kerana ia merupakan sunnah nabi yang telah dijanjikan 9 per sepuluh punca rezeki daripada bisnes.

Saya bukan nak berceramah dalam blog saya ni. Cuma ingin berkongsi kepada anda yang masih tercari-cari idea untuk membuat bisnes. Manalah tahu 7 jenis bisnes pada artikel kali ini boleh membantu anda untuk memulakannya dari rumah.

Biar saya terus terang yer… tak semestinya apabila saya kongsi jenis bisnes kat bawah ini membuktikan saya pakar bisnes. Bukan sebenarnya ! Cukuplah saya belajar dan buat dari pengalaman dan kongsikan dalam blog personal saya ni kepada anda.

Berikut adalah 7 jenis bisnes yang mungkin mencetuskan idea untuk memulakan bisnes sekarang walaupun buat bisnes dari rumah.

 

1) Bisnes Idea Kreatif
Sekiranya anda kreatif dan mahir dalam bidang rekabentuk mungkin anda boleh mulakan bisnes perkhidmatan membuat laman web, blog, rekabentuk grafik, infografik, karikatur, video dan fotografi.

Prospek pelanggan yang memerlukan perkhidmatan ini juga luas. Sasarkan satu kelompok pelanggan untuk idea kreatif anda yang memerlukan khidmat anda diluar sana.

 

2) Bisnes Penulisan
Anda juga boleh mulakan bisnes penulisan sekiranya anda suka menulis. Penulisan yang berkualiti boleh menarik prospek pelanggan terutamanya syarikat-syarikat berjenama besar untuk melantik anda sebagai penulis bayang ataupun ghost writer untuk website mereka.

 

3) Bisnes Konsultan
Mungkin anda mempunyai kepakaran sesuatu bidang. Sebagai contoh konsultan hartanah. Objektif anda adalah untuk membantu syarikat-syarikat, pelabur hartanah ataupun individu yang pertama kali ingin memiliki hartanah menyelesaikan masalah mereka.

Tugas anda adalah untuk menyelesaikan masalah mereka. Bisnes anda adalah menguruskan dan menyelesaikan masalah pelanggan.

 

4) Bisnes Bantuan Teknikal
Jika anda mempunyai ilmu dan kemahiran membaiki TV, radio, mesin basuh, telefon pintar dan sebagainya mungkin ada boleh mulakan bisnes ini juga. Saya boleh mencadangkan anda untuk mulakan bisnes membaiki telefon pintar. Zaman sekarang kan setiap orang memiliki telefon pintar. Jadi anda boleh ambil kesempatan ini.

Sekiranya anda mempunyai kepakaran memperbaiki kebanyakan alatan elektronik di luar sana, maka peluang lebih baik untuk anda.

 

5) Bisnes Dropship
Zaman sekarang ni sangat mudah untuk melakukan bisnes dropship. Anda jual produk orang lain dan jual kepada orang lain. Setiap jualan anda mendapat komisen.

Anda boleh mulakan tanpa modal sebenarnya.

Dengan hanya membuka kedai direktori anda sendiri seperti di Lazada, Shopee, Ali Baba, eBay, Mudah, Zalora dan sebagainya untuk memulakan bisnes dropship anda TANPA perlu mengepos barang kepada pelanggan.

 

6) Bisnes Kraftangan
Hasil kerja tangan anda amat mengagumkan. Gunakan kelebihan ini untuk menjualnya kepada sesiapa atau syarikat yang ingin membeli hasil kreativiti anda.

Salah satu produk yang syarikat-syarikat besar mencari ialah gubahan bunga untuk majlis-majlis tertentu, lukisan yang abstrak atau beberapa bentuk kraftangan yang lain yang bersesuaian.

 

7) Bisnes Kulinari & Pastri
Jika anda mempunyai minat dalam bidang ini why not anda cuba untuk sebarkan kemahiran anda ini. Dengan memastikan masakan anda sedap dan enak dimakan, hampir pasti masakan dan pastri anda akan menjadi buah mulut orang. Mereka akan terus memesan dan menjadi pelanggan tetap anda.

Anda boleh pasarkan pada orang disekeliling anda terlebih dahulu iaitu kejiranan anda.

Saya berharap perkongsian ini membantu anda untuk memulakan bisnes pertama anda. Semoga berjaya !

P/S : Kalau artikel ini memberi manfaat, boleh tak tolong share ! Terima kasih.

 

Sumber rujukan : Azleen.com

About the author: Azeri

Seorang usahawan online yang mengimpikan kebahagian yang hakiki di dunia dan akhirat.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *