Sesiapa pun boleh menulis tetapi ia bukanlah semudah ABC untuk menarik minat pembaca suka membaca artikel penulisan anda.
Ya..! Inilah fakta sebenar bagi mereka yang ingin tahu dalam bidang penulisan. Bidang ini juga boleh menghasilkan pendapatan yang lumayan. Tetapi perlu dilakukan dengan betul dan tahu cara penulisan yang boleh menyentuh jauh ke sudut hati pembaca.
Adalah satu kejayaan bagi penulis sekiranya pembaca berjaya membaca penulisan kita dari perenggan terawal sehingga ke perenggan terakhir.
Berikut saya kongsikan cara bagaimana menarik minat pembaca agar suka dengan artikel anda.
6 Tip Menarik Minat Pembaca Suka Artikel Anda
Ini adalah beberapa tip menarik untuk anda praktikkan sekarang !
1) Perenggan Pendek
Kebanyakan pembaca suka membaca perenggan yang pendek. Faktor ini disebabkan oleh pandangan mata yang terlalu lama fokus pada perenggan yang panjang akan menyebabkan pembaca akan melangkau bacaan ke perenggan yang lain.
Sebagai contoh artikel yang saya sedang saya tuliskan ini.
Tambahan lagi di zaman sekarang ini, ramai pembaca kini suka sesuatu maklumat yang cepat dan padat. Pembacaan juga memerlukan satu gaya penulisan yang cepat juga.
Anda dapat point yang pertama ini ?
2) Guna Nombor atau Bullet
Ini juga adalah satu cara bagaimana untuk menarik minat pembaca suka membaca artikel anda. Meletakkan setiap maklumat penting menggunakan nombor atau bullet untuk memudahkan pembaca ingat point penting artikel penulisan anda.
Cara ini mengelakkan pembaca tidak merasa tertekan untuk membaca semua informasi yang kita kongsikan seperti mana saya lakukan sekarang ni.
Anda boleh lakukannya sekarang untuk artikel anda !
3) Letak Sub-Tajuk
Bagi mengelakkan pembaca merasa penat membaca artikel anda, penat dalam erti kata bacaan perenggan yang panjang, anda juga boleh meletakkan sub-tajuk.
Setiap point yang anda terangkan diselangi dengan sub-tajuk yang sesuai.
Biar ia nampak ringkas dan padat.
Sub-tajuk memudahkan pembaca menghadam setiap informasi yang kita kongsikan pada artikel kita.
Kita lihat pula tip seterusnya !
4) Headline Yang Menarik
Sebenarnya menulis headline adalah sesuatu yang kritikal bagi setiap penulis. Pembaca akan mula membaca penulisan anda melalui sebab kenapa mereka perlu membaca.
Adakah artikel anda membantu menyelesaikan masalah mereka atau tidak.
Majoriti pembaca akan melihat headline terlebih dahulu. Kemudian baru mula membaca.
Sebagai contoh anda lihat sendiri headline setiap muka hadapan surat khabar tabloid seperti Harian Metro. Kebanyakkan pembaca membeli disebabkan tajuk dari muka depan sesuatu surat khabar.
Contoh lain seperti artikel post saya kali ini, antara sebab anda singgah membaca artikel ini disebabkan tajuk bukan.
5) Ayat Yang Ringan dan Menarik
Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka membaca artikel anda. Anda menulis dengan menggunakan ayat yang ringan dan menarik setiap perenggan.
Elakkan menggunakan ayat yang terlalu formal.
Anda boleh bayangkan anda menulis seperti sedang bercakap dengan seseorang. Dengan cara ini memudahkan anda untuk mengarang artikel yang disukai pembaca.
Kita lihat pula cara yang terakhir !
6) Menulis Fakta Jika Perlu
Kadangkala ada sesetengah pembaca sukakan sesuatu fakta. Seharusnya penulis perlu membuat kajian terlebih dahulu sebelum menulis.
Fakta ini mungkin dari segi kajian sesuatu kumpulan, statistik sesuatu survey dan sebagainya.
Tetapi ia perlulah dikaitkan dengan objektif penulisan anda.
Dengan cara terakhir ini, kredibiliti anda mula meningkat kepada pembaca kelak. Cara ini bolehlah saya katakan bonus kepada penulis agar setiap penulisan anda diminati oleh pembaca yang lain.
Kesimpulan
Menulis boleh menjadi satu kerjaya jika tahu caranya. Bermula sebagai hobi dan dari hobi pula berpotensi menjadi satu kerjaya. Inilah yang berlaku kepada penulis buku terkenal dipasaran yang bernama Ustaz Hamid Addin.
Beliau telah melancarkan satu pakej panduan menjana income sebagai penulis. Anda boleh terus ke website beliau di IncomePenulisan.com untuk maklumat lanjut.
Gambar di bawah adalah antara pakej produk terbaru beliau. Anda boleh juga klik gambar di bawah ini sekiranya berminat.
Sekian dulu perkongsian saya. Semoga bermanfaat kepada anda. Sampai jumpa lagi pada artikel seterusnya. InsyaAllah.