5 Kelebihan Pemasaran Facebook Untuk Usahawan Kecil dan Besar

Facebook sentiasa memperbaiki dan meningkatkan servis mereka mengikut kehendak semasa.

Walaupun Facebook pada asalnya wujud hanyalah untuk bersosial secara maya hanya di peringkat universiti, namun kini Facebook menjadi satu platform utama untuk usahawan kecil dan besar melakukan pemasaran bisnes mereka.

Sebagai usahawan anda harus mengambil tahu sedikit sebanyak tentang apakah ‘update’ terkini yang Facebook sedang lakukan.

Jika anda masih tercari-cari jawapan adakah benar pemasaran Facebook memberi implikasi yang sangat efektif kepada usahawan kecil dan besar pada zaman kini.

Maka izinkan saya berkongsi kepada anda 5 kelebihan pemasaran Facebook bagi usahawan di bawah ini.

5 Kelebihan Pemasaran Facebook Untuk Usahawan Kecil dan Besar

1) Menjimatkan Kos Pemasaran

Perniagaan dan pemasaran tidak dapat dipisahkan. Perniagaan yang hebat hadir dari pemasaran yang hebat. Pemasaran yang hebat tidak semestinya memerlukan kos pemasaran yang mahal.

Anda boleh memilih untuk melaburkan kos pemasaran menggunakan iklan radio, iklan tv, iklan surat khabar dan seumpamanya, namun pengiklanan di Facebook lebih mendapat penjimatan berganda dari pengiklanan konvensional.

Anda jangan hairan jika terdapat usahawan di kawasan persekitaran rumah anda menggunakan iklan di Facebook untuk mempromosi bisnes mereka. Ia sentiasa melewati di newsfeed Facebook anda.

Bukan sahaja bisnes kecil menggunakan FB, malah pemilik bisnes besar juga menggunakan FB untuk aktiviti pemasaran sehingga ada satu pasukan khas untuk membuat pemasaran mereka di Facebook.

2) Kongsi Gambar & Video Bisnes Anda

Melalui Facebook anda boleh berkongsi gambar dan video bisnes anda di Fan Page. Kedua-dua medium ini sangat efektif dan pantas untuk membina jenama bisnes anda.

Sebagai contoh untuk bisnes pelancongan ” Travel and Tourism” yang berkongsi gambar tempat-tempat pelancongan yang cantik-cantik di Fan Page mereka, maka ia potensi untuk mendapat LIKE dan SHARE yang banyak dari prospek di FB.

Maka di situ viral akan mudah berlaku dan jenama bisnes anda akan mudah dikenali.

Anda juga boleh buat video untuk menerangkan promosi-promosi terbaru produk atau servis bisnes anda di Facebook.

3) Mudah Berhubung Dengan Prospek Yang Berpotensi Menjadi Pelanggan Anda

Facebook telah menyediakan satu tool untuk berhubung secara terus dengan prospek yang berminat dengan produk dan servis anda.

FB Messenger sebagai contoh adalah salah satu tool yang berkesan untuk berhubung secara chatting, voice call dan video call dengan prospek yang berpotensi menjadi pelanggan anda.

Tool ini disediakan secara percuma kepada sesiapa sahaja pengguna yang berdaftar di Facebook.

Begitu juga anda boleh berhubung dengan prospek anda melalui posting yang anda lakukan dengan melakukan CTA (Call To Action) untuk mereka komen jika berminat.

4) Tingkatkan Trafik Website Bisnes Anda

Usaha meningkat trafik website adalah sangat perlu bagi anda yang memiliki website bisnes. Bagi saya website tanpa trafik umpama kubur yang tiada penyinggahnya.

Sebenarnya Facebook berpotensi membantu meningkat trafik website anda jika kena pada tekniknya.

Anda hanya perlu fokus kepada ayat copywriting yang boleh meningkatkan engagement pada setiap status di Fan Page bisnes anda. Setiap engagement yang berkesan boleh membantu jumlah klik link ke website bertambah dan trafik juga anda bertambah.

5) Pengiklanan Yang Targetted

Di Facebook anda boleh membuat iklan yang targetted kepada prospek tertentu yang anda inginkan.

Anda boleh sasarkan prospek pilihan yang bagaimana yang anda mahukan dari segi umur, jantina, minat, tempat tinggal. negara mana dan sebagainya

Sebagai contoh, jika anda mengambil servis iklan berbayar FB Ads, mereka menyediakan data yang lebih tepat dan terperinci. Tidak mungkin prospek berumur 30 tahun akan melihat iklan anda jika anda telah sasarkan prospek berumur dari 20 sehingga 29 tahun.

Tidak mungkin mereka yang minat dengan makanan akan nampak iklan permotoran dan seumpamanya.

Kesimpulan

Walaupun artikel yang saya kongsikan di atas semua berkaitan kelebihan pemasaran Facebook untuk usahawan kecil dan besar malah ada juga kelemahannya tersendiri.

Apa yang penting di sini, anda sebagai usahawan, perlu memilih Facebook sebagai medium pemasaran untuk memperkenalkan bisnes dan lakukan pemasaran di sana secara bijaksana.

Semoga artikel blog saya kali ini dapat membantu anda kelak. Terima kasih kerana sudi singgah. Semoga berjumpa kembali yer.

Sila SHARE post ini jika memberi manfaat kepada anda !

About the author: Azeri

Usahawan online yang suka menulis artikel blog. Mempunyai impian untuk bebas dari kekangan wang dan masa. Blog adalah aset utama penulis untuk menjalankan bisnes. Penulis juga adalah seorang juruterapi rawatan Islam yang terlatih dan berpengalaman. Sekiranya artikel penulis memberi manfaat kepada anda, sila klik butang share. Terima kasih.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *