5 Kelebihan Buat Bisnes Dropship

Anda Tiada Idea Bisnes ?

Antara idea bisnes yang mudah untuk dilakukan pada abad kini adalah bisnes dropship. Agak rugi bagi anda sekiranya anda yang baru merancang untuk buat duit di internet tidak mencuba bisnes ini.

Mencuba bisnes dropship pada masa kini amat mudah. Telalu banyak tool telah disediakan pemain dropship.

Bagi anda yang baru, mungkin 5 kelebihan bisnes dropship ini bakal membuka minda untuk melakukan bisnes ini.

 

5 Kelebihan Bisnes Dropship


1) Modal Rendah
Konsep bisnes dropship merupakan “WIN-WIN situation”. Anda tak perlu menyediakan produk. Sekiranya anda berhasil mendapat jualan, keuntungan akan dibahagi seperti mana yang telah ditetapkan oleh pemilik produk.

Boleh dikatakan modal yang sangat minima anda perlu keluarkan berbanding pemilik produk yang perlu mengeluarkan modal yang besar untuk kos mencipta produk, R&D, pengiktirafan halal dan sebagainya.

Dari segi yuran pula saya dapati kebanyakan pemilik produk yang menyediakan peluang dropship tidak meminta yuran pendaftaran atau yuran komitmen sebagai permulaan. Malahan latihan juga turut disediakan untuk cara bagaimana mempromosikan produk mereka.


2) Margin Keuntungan Tinggi
Apa yang menarik dalam bisnes dropship ialah margin keuntungan yang tinggi setiap jualan yang terhasil bagi setiap produk. Anggaran keuntungan purata yang ditawarkan kebiasannya antara 10% sehingga 30% bagi setiap produk, malah ada juga sesetengah peniaga menawarkan lebih dari itu.

Anda bayangkan sekiranya anda menjual produk berharga RM50, anda berpotensi menjana keuntungan sebanyak RM15 setiap produk bagi kiraan untung sebanyak 30%. Itu baru satu produk. Kalau anda fokus untuk 10 jualan anda boleh buat jana duit poket sebanyak RM150.

Ada kaedah mudah untuk memaksimumkan keuntungan dalam bisnes dropship sekiranya anda bersedia untuk mendapatkan Ebook Panduan Bisnes Shopee. Di sana nanti anda akan diajar dari A-Z tentang cara bisnes dropship alaf baru.


3) Tiada Risiko
Boleh dikatakan bisnes dropship kurang berisiko. Anda tak perlu memikirkan tentang kualiti produk, rekaan produk, penghantaran produk, melayan karenah pembeli produk dan sebagainya.

Tugas anda hanyalah mempromosi produk dan memperkenalkan manfaat produk kepada prospek pelanggan. Sekiranya terdapat komplen kerosakan, pulangan produk dan sebagainya pemilik produk anda melayan mereka. Anda tidak perlu melakukan apa-apa selain mempromosi produk sahaja.

Bukankah ia berbaloi dan anda tak perlu pening kepala memikirkan risiko lain.

Cuma anda perlu berhati-hati memilih produk yang ingin anda promosikan. Buat kaji selidik terlebih dahulu tentang pemilik produk, latar belakang syarikat, masalah bayaran komisen dan sebagainya. Jangan pula anda perlu tanggung risiko kelak.


4) Tak Perlu Gudang/Kedai
Bisnes Dropship juga tak memeningkan kepada anda untuk menyediakan premis kedai ataupun gudang untuk menyimpan stok produk. Berbanding peniaga, mereka perlu mengeluarkan modal yang besar untuk stok sekiranya permintaan produk luar biasa tinggi.

Namun sekiranya anda ingin fokus kepada bisnes dropship pada tahap lebih padu, sebaiknya anda mempunyai kedai online anda sendiri ataupun dipanggil sebagai ecommerce. Saya melihat kebanyakan otai-otai dropship yang menjana komisen konsisten kerana mereka memiliki kedai online mereka sendiri.

Kos untuk menyediakan kedai online memang agak mahal tapi anda boleh belajar secara percuma di YouTube untuk cara-cara bina kedai online anda sendiri. Sekiranya anda nak lebih ekonomi, mudah serta mesra newbie, saya sarankan anda dapatkan panduan Rahsia E-Commerce yang disediakan oleh saudara Zyan ini !


5) Tiada Batas Geographical
Anda boleh menjual produk dropship ke peringkat antarabangsa merentasi benua. Inilah kelebihan yang ramai otai-otai nampak dalam bisnes dropship.

Sebagai contoh anda menjual produk tempatan di Ebay. Saya pernah melihat otai dropship menjual keropok “Super Ring” di Ebay. Rupanya orang barat suka makan keropok tu. Banyak juga sale dengan hanya mempromosi keropok tu. Anda bayangkan sale semua dalam USD. Kalau dikali dengan nilai matawang RM (Ringgit Malaysia), berapa banyak margin keuntungannya.

Otai dropship yang saya maksudkan di atas ialah mereka yang mempraktikkan ilmu dari Export Mudah ni. Anda boleh lihat beberapa bukti produk lain yang cukup simple sehinggakan Ajinomoto pun boleh dijual dengan orang putih. Saya terkesima juga lah.


Kesimpulan


Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Takkan berhasil apa jua yang kita buat selagi kita tak mencuba. Bisnes dropship mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Ia sebagai permulaan pencarian pendapatan tambahan yang efektif masa kini.

Semoga perkongsian saya ini memberi manfaat kepada anda.

Sekiranya artikel ini pada pandangan anda sangat membantu, apa kata saya cadangkan anda kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda yang lain. Terima kasih. Sekian. Wasalam. Jumpa lagi. InsyaAllah.

About the author: Azeri

Usahawan online yang suka menulis artikel blog. Mempunyai impian untuk bebas dari kekangan wang dan masa. Blog adalah aset utama penulis untuk menjalankan bisnes. Penulis juga adalah seorang juruterapi rawatan Islam yang terlatih dan berpengalaman. Sekiranya artikel penulis memberi manfaat kepada anda, sila klik butang share. Terima kasih.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *