5 Cara Menarik Pelanggan Agar Membeli Dengan Kita

cara-menarik-pelanggan

 

Masalah yang sering bermain di minda para peniaga adalah cara bagaimana menarik pelanggan agar membeli di kedai kita. Daya penarik juga adalah sesuatu yang perlu ada pada seseorang peniaga.

Bukan sahaja pada imej personaliti itu sendiri malah 5 cara yang saya kongsikan di bawah ini juga mempunyai kekuatan untuk menarik pelanggan agar membeli dengan anda.

Bagaimana cara mengekalkan jualan sekiranya tiada pelanggan yang datang selalu datang ke kedai kita. Betul tak ?

Fokus perkongsian saya pada kali ini adalah perniagaan yang menggunakan kaedah online dan offline.

 

1) Kualiti Gambar Produk Yang Menarik dan Unik

Gambar yang mempunyai resolusi yang optimum memainkan peranan penting untuk menarik pelanggan. Bukan gambar yang pecah-pecah yer.

Sebagai contoh anda mempunyai perniagaan kedai makanan…gambar yang menarik dan unik cukup penting. Bukan sahaja gambar pada menu makanan malahan tarikan gambar yang berunsur motivasi, humor, alam semula jadi dan sebagainya.

Sekiranya anda memiliki kedai online seperti e-commerce, kualiti gambar yang kreatif menjadi nilai tambah untuk menarik pelanggan melihat perniagaan anda.  

 

2) Tawaran Yang Menarik Perhatian

Ini adalah perkara wajib dilakukan sekiranya anda masih baru membina perniagaan anda. Tawaran seperti diskaun, beli satu percuma satu, kad keahlian dan sebagainya pada satu tempoh tertentu boleh menarik pelanggan agar membeli dengan kita.

Sekiranya anda melakukan bisnes secara online, anda boleh berikan produk info digital seperti ebook sebagai contohnya ebook “5 Langkah Menjana RM 121,175 Dengan Bisnes Affiliate” sekiranya anda menjalankan perniagaan affiliate.

Jika anda melakukan perniagaan kedai gunting rambut, mungkin anda boleh berikan ebook “5 Tip Penjagaan Rambut Dengan Style Terkini” sebagai contohnya.

Cuba anda rujuk idea yang digunakan pesaing anda, kemudian cuba buat kelainan sedikit supaya tawaran anda menjadi lebih menarik.

 

3) Gunakan Market Place

Shopee dan Lazada adalah market place yang paling popular di Malaysia. Anda boleh mencari lebih banyak bakal pelanggan baru di sini tidak kiralah anda melakukan perniagaan secara online ataupun secara  offline.

Penekanan pada cara point nombor 1 di atas sangat penting untuk dipraktikkan di market place. Gambar yang menarik dan unik merupakan extra point untuk menarik pelanggan.

Sekiranya anda melakukan secara offline, saya cadangkan anda gunakan market place untuk meletakkan produk yang anda jual di sana. Proses menerima pesanan juga mudah diuruskan melalui notifikasi melalui handphone anda untuk menguruskan penghantaran pesanan. 

Andaikata anda lebih cenderung melakukan perniagaan secara online, anda wajib memiliki kedai E-Commerce anda sendiri. Ia satu keperluan masa kini dan ini juga menjadikan anda memiliki double extra bonus berbanding peniaga yang tidak memiliki kedai e-commerce.

Saya tak pasti anda yang membaca sehingga perenggan ini telah memiliki kedai e-commerce atau tidak, sekiranya anda yang ingin meminumkan kos membina kedai online anda sendiri, anda boleh belajar cara membina kedai e-commerce pertama anda di sini !

rahsia-e-commerce-zyan

 

4) Optimasi Website E-Commerce

Sehingga cara yang keempat ini juga saya masih memberi penekanan tentang kedai e-commerce. Ia satu syarat penting untuk anda bergerak lebih jauh dan kekal lebih lama dalam perniagaan anda.

Sekiranya anda telah memiliki kedai e-commerce anda, proses optimasi website e-commerce merupakan satu langkah penting. 

Keadah optimasi terbaik adalah anda perlu berkongsi artikel berkenaan tip dan trik tentang produk perniagaan anda. Sebagai contoh sekiranya anda melakukan perniagaan bengkel kereta, anda boleh kongsikan cara bagaimana menyelenggara enjin agar bertahan lebih lama dengan prestasi yang maximum.

Penulisan artikel berbentuk perkongsian ilmu adalah salah satu cara untuk optimasi website e-commerce anda yang paling efektif. Ini kerana majoriti pengguna internet suka mencari maklumat yang boleh selesaikan masalah mereka.

Lebih banyak kita berkongsi dengan hati yang ikhlas berdasarkan pengalaman dan kepakaran kita, lebih mudah search engine seperti Google mengidexkan website di muka pertama menggunakan kaedah dan cara yang betul, maka lebih mudahlah menarik pelanggan untuk membeli produk kita.

Saya tak pasti apa yang saya syorkan kepada anda untuk menarik pelanggan baru untuk cara nombor 4 ini membantu anda atau tidak, sekiranya anda ingin belajar secara PERCUMA tentang cara bagaimana menambah pelanggan menggunakan blog anda boleh belajar di sini ! Semoga membantu yer.

cari-pelanggan-dengan-blog

 

5) Perluaskan Perniagaan dengan Pengiklanan

Cara terakhir untuk menarik pelanggan agar membeli dengan kita adalah melalui pengiklanan. Jika anda ingin memperluaskan perniagaan, anda perlu bajet untuk modal iklan berbayar.

Anda bayangkan sekiranya anda menggunakan iklan di Facebook Ads, Google Ads dan Bing Ads menggunakan kaedah dan cara yang betul, impak jualan akan berlaku kelak.

Pengiklanan berbayar terbukti berkesan tetapi anda perlukan ilmu yang betul untuk mempraktikkannya. Sebagai contoh Certified Google Premier Partners di Malaysia bernama Sifu WanMus yang mengajar trik dan tip dari asas ke advance tentang cara iklan di Google ini. Ada tawaran terhad. Sila klik gambar untuk maklumat lanjut.

belajar-google-ads-sifu-wan-mus  

About the author: Azeri

Usahawan online yang suka menulis artikel blog. Mempunyai impian untuk bebas dari kekangan wang dan masa. Blog adalah aset utama penulis untuk menjalankan bisnes. Penulis juga adalah seorang juruterapi rawatan Islam yang terlatih dan berpengalaman. Sekiranya artikel penulis memberi manfaat kepada anda, sila klik butang share. Terima kasih.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *