Alhamdulillah hari ini saya diberi kesempatan untuk menulis di blog rasmi saya ini. Ramai usahawan terlupa kepada salah satu teknik pemasaran yang efektif dan sentiasa evergreen iaitu pemasaran email.
Teknik pemasaran tidak popular seperti pemasaran FB Ads, Google Ads dan apa jua platform berbayar yang mungkin anda tahu. Sebenarnya ramai usahawan terlupa bahawa pemasaran email mempunyai keunikan tersendiri.
Secara jujurnya sepanjang penglibatan saya dalam dunia bisnes internet, sehingga hari ini saya masih tak faham seni sebenar dalam pemasaran email. Namun sebenarnya teknik ini mampu meningkatkan jualan produk dan perkhidmatan tidak kiralah apa jua bisnes anda.
Macam tidak percaya kan ! Tapi teknik pemasaran inilah sepatutnya anda bukan sekadar tahu tetapi perlu faham sedalam-dalamnya. Tahu dan faham mempunyai banyak perbezaan.
Perenggan seterusnya saya kongsikan apakah 4 formula pemasaran email untuk meningkatkan jualan.
4 Formula Pemasaran Email
Berikut adalah formula untuk meningkatkan jualan bisnes anda melalui teknik pemasaran email.
1) Email Mestilah Menggunakan Sekurang-Kurangnya Salah Satu Dari Tiga Perkara Ini
Sama seperti penulisan blog, artikel, post di sosial media, laporan dan lain-lain, pemasaran email juga berkaitan konten. Jika anda ingin setiap email anda dibuka, anda lakukan salah satu atau semua cara dari ketiga-tiga cara di bawah.
Bercerita – Menonton 2 jam movie adalah perkara biasa bagi pengguna email. Mereka tidak mahu membuang masa selama 30 saat pertama mereka untuk membaca mesej email yang membosankan. Jadi mesej email anda haruslah mempunyai konsep penceritaan agar mereka tidak bosan. Dalam masa yang sama anda selitkan mesej jualan anda dalam penceritaan tadi. Anda faham maksud saya kan.
Berkongsi Ilmu atau Mengajar – Mereka yang subscribe email anda mengharapkan sesuatu daripada anda. Jika mesej email anda tentang perkongsian ilmu atau mengajar mereka tentang sesuatu ilmu, ia sangat menarik minat mereka. Dari minat tadi mula bertukar rasa percaya kepada anda. Maka kadar potensi mesej email anda dibuka sangat tinggi.
Motivasi – Mesej motivasi yang memberi inspirasi ataupun menaikkan semangat sangat menarik perhatian sesiapa pun. Menghantar mesej motivasi juga memberi impak yang baik kepada pemasaran email. Manalah tahu mungkin mesej email anda kelak memberi titik permulaan perubahan hidup mereka.
Itulah sahaja cara yang anda boleh gunakan kesemua sekali ataupun salah satu dari tiga cara di atas.
2) Hampir Semua Email Anda Perlu Letakkan Link
Anda perlu letakkan link membeli produk dan perkhidmatan anda pada hampir keseluruhan mesej email anda. Jika anda tidak letakkan link, bagaimana cara mereka untuk membeli kan. Kita tidak tahu penghantaran mesej yang keberapa mereka akan mula membeli. Jadi anda letakkan link pada hampir setiap mesej email anda, potensi membeli sangat besar. Lambat atau cepat sahaja kesan jualan pasti berlaku.
3) Hantar Email Setiap Hari
Cara ketiga ini mungkin agak berlainan sedikit daripada yang otai email ajarkan. Tetapi inilah yang diajar oleh usahawan antarabangsa. Sekurangnya 30 hari pertama, anda kerap menghantar email supaya mereka kenal anda. Anda tidak perlu hiraukan mereka akan klik butang unsubcibe email anda. Biarkan mereka membuat keputusan. Sebagai usahawan, kita perlu biasakan menerima rejection daripada pelanggan. Jangan mudah putus asa untuk sentiasa menghantar email sekurang-kurangnya 30 hari yang pertama. Pasti anda akan jumpa pelanggan yang setia dan ternanti-nanti mesej email anda.
4) Hantar Semula Email Yang Tidak Dibaca
Perkara ini juga sebenarnya jarang dilakukan oleh ramai usahawan yang menggunakan pemasaran email. Menghantar semula email yang tidak dibuka atau dibaca oleh pelanggan juga berpotensi memberi kesan kepada jualan bisnes anda. Berdasarkan pengalaman saya sangat jarang sistem email yang membenarkan penghantaran email pada tempoh tertentu sekiranya pelanggan masih tidak membuka email. Tetapi sekiranya terdapat sistem email atau dipanggil sebagai autoresponder mempunyai pilihan penghantaran semula email (re-send), anda boleh pilih sistem email itu.
Kesimpulan
Sebagai usahawan sangat rugi sekiranya kita tidak mendalami ilmu pemasaran email. Walaupun masih ada dikalangan usahawan yang masih skeptikal tentang teknik ini, tapi percayalah pemasaran email tetap tidak akan tertelan zaman. Pemasaran email belum tamat. Ia sentiasa baru bermula di setiap zaman.
Saya harap setiap ilmu yang kongsikan di blog ini memberi manfaat kepada anda. Sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan ilmu pengetahuan anda tentang ilmu pemasaran online. Semoga memberi manfaat dan jumpa lagi. InsyaAllah. Sekian.