3 Langkah Tukar Prospek Jadi Pelanggan Bisnes Anda

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana saya masih diberi kesempatan untuk berkongsi di blog ini. Rata-rata saya lihat, masalah yang sering peniaga online ataupun offline alami adalah bagaimana cara untuk menukar prospek menjadi pelanggan bisnes anda.

Anda mungkin telah melakukan pelbagai cara promosi di sosial media, diblog, forum dan sebagainya. Boleh dikatakan setiap hari anda buat promosi yang sama, tapi tetap sukar untuk mendapatkan hasil jualan yang telah disasarkan.

Jika anda merupakan peniaga yang saya maksudkan, mungkin 3 langkah tukar prospek jadi pelanggan ini membantu anda.

Tetapi sebelum itu, saya ingin berkongsi kepada anda cara untuk mengenali siapakah prospek ataupun orang yang belum kenal perniagaan kita. Semestinya lah prospek adalah stranger. Mereka belum kenal dengan bisnes anda.

Menurut Tuan Faisal Abdullah daripada Nasihat Niaga, beliau menerangkan terdapat 2 jenis prospek ataupun dikenali dalam bahasa orang puteh iaitu “1st time visitor” dalam perniagaan.

Pertama, ialah prospek yang mahu selidik dulu tawaran dalam bisnes anda sebelum mereka membuat keputusan untuk membeli ataupun dikenali sebagai prospek jenis “Browser“.

Kedua, ialah prospek yang memang bersedia membeli terus produk ataupun dikenali sebagai prospek jenis “Immediate Buyer“.

Menurut Tuan Faisal Abdullah, jenis pertama merupakan golongan paling ramai di alam maya sehingga dianggarkan terdapat lebih kurang 99% prospek diluar sana merupakan prospek jenis “Browser”. Bagi prospek jenis kedua pula, hanya terdapat lebih kurang 1% sahaja prospek jenis “Immediate Buyer”.

Kesilapan yang sering peniaga online ataupun offline lakukan untuk menarik prospek menjadi pelanggan bisnes ialah mereka sering menumpukan kepada jenis prospek yang kedua iaitu “Immediate Buyer”. Ayat iklan yang mereka sering gunakan biasanya ayat iklan yang terus dengan mesej menjual. Tanpa sedar, sebenarnya peniaga seperti ini sebenarnya hanya mensasarkan golongan prospek “Immediate Buyer” yang hanya terdapat 1% sahaja. Anda faham kan tentang perbezaan kedua-dua jenis prospek ini. Saya harap anda faham.

Baiklah, sekarang kita terus ke perkongsian untuk 3 langkah untuk tukar prospek jadi pelanggan bisnes anda.

Antara 3 langkah yang boleh anda praktikkan seperti berikut.

1) Cipta Kesedaran Untuk Mereka

Sebagai peniaga, sentiasa ingatkan diri kita yang pembeli tak tahu tentang kita dan produk kita. Sentiasa berikan maklumat yang lengkap tentang produk ataupun servis kita kepada prospek. Tugas kita adalah untuk beritahu dan sedarkan mereka tentang kewujudan kita dan produk kita.

2) Berikan Masa Untuk Prospek Membuat Pertimbangan

Jangan terlalu paksa pelanggan untuk membeli produk dan servis kita dan berikan mereka masa untuk buat pertimbangan. Pastikan kita sentiasa kemaskini maklumat mengenai produk kita supaya mereka perasan dengan perubahan itu.

3) Membuat Keputusan Terakhir

Pada peringkat ini, pelanggan masih berkira untuk membeli produk kita. Jadi layan mereka sepenuhnya sampai mereka setia dengan produk kita. Kita perlu tanamkan dalam kepala, “Customer is ALWAYS Right”. Layan sahaja kerenah prospek asalkan mereka setiap dengan produk kita. Kenali jenis prospek ataupun pelanggan kita dengan cara yang betul seperti mana yang diajarkan dalam Pakej Persona Pelanggan.

Di website Persona Pelanggan itu menyatakan terdapat 3 jenis personaliti pelanggan yang WAJIB tahu sebagai usahawan. Lepas tu, diterangkan pula cara kenalpasti 3 jenis personaliti tadi untuk memudahkan CLOSE SALE.

Rupanya ada satu lagi yang perlu sebagai peniaga harus tahu iaitu tentang Hierarki Otak. Dalam bab Hierarki Otak terdapat 2 jenis psikologi manusia dan 6 level Otak yang perlu sebagai usahawan faham untuk kenal kelakuan pelanggan. Bila dah faham 6 level ni, lebih memudahkan anda untuk melakukan CLOSE SALE.

Lihat gambar promosi Firesale dari Persona Pelanggan di bawah ini, terdapat ilmu psikologi pelanggan yang kita perlu kenal sebelum melakukan iklan. Tawaran ini sangat TERHAD. Anda boleh pilih nak bayar harga MAHAL ataupun harga MURAH. Jika anda bertindak sekarang, anda memang membuat pilihan yang bijak. Sila KLIK gambar di bawah sekiranya berminat untuk maklumat lanjut !

Jika anda KLIK gambar di atas, terdapat timer countdown untuk tawaran Firesale Ramadan 2019 ini. Harga keseluruhan pakej ini ialah RM280, tetapi jika anda grab sekarang, anda cuma perlu bayar sebanyak RM50 sahaja ! Sementara admin produk ini tengah berbaik hati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *